penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang. | Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Mengapa perkataan 'koir' tidak dieja 'kuayer' sedangkan bahasa Melayu lebih menekankan aspek bunyi dalam pengucapannya ? Bunyi 'koir' ialah ko+ir (koir) bukannya kuayer. Perkataan Inggeris ini harus dieja dan dimelayukan menjadi 'kuayer'. | Koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. | Istilah | 08.12.2009 |
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan dengan padan? TK | Padan bermaksud sesuai atau sama. Sila rujuk kamus untuk mencari perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 22.07.2012 |
Apakah kedudukan bahasa Melayu baku dalam konteks Malaysia hari ini? Adakah masih dikuatkuasakan penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia ? Pengguna bahasa Melayu keliru dengan sebutan baku yang kaku. Contohnya koir sepatutnya dibaca ko+ir tetapi menjadi koyer, kehijauan sepatutnya dibaca ke+hi+jau+an tetapi menjadi kehijauwan, pakaian sepatutnya dibaca pa+kai+an tetapi menjadi pakaiyan. | Encik Rizuan, Bahasa Melayu baku masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Untuk makluman saudara, perkataan koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. Sebutan bagi perkataan ini ialah koir bukan koyer, begitu juga dengan kehijauan disebutan ke.hi.jauan, pakaian disebut pa.kaian. | Ejaan | 11.05.2010 |
Saya tidak pasti yang manakah yang betul? 'Padankan dengan objek yang betul.' atau 'Padankan kepada objek yang betul.' | Yang betul ialah "Padankan dengan objek yang betul" kerana kata "padan" digunakan dengan kata sendi nama "dengan" yang menyatakan kesesuaian atau untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan, dicapai dan sebagainya. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasih | Pandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit. | Lain-lain | 25.07.2013 |
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"? | Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik; Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Tatabahasa | 17.07.2013 |