1) Apakah padanan yang sesuai bagi 'stapler'? 2) Bolehkah istilah 'pemblog' bagi menggantikan 'bloger'?Terima kasih. | 1) Padanan bagi "stapler" ialah pengokot. 2) Istilah bahasa Melayu bagi "blogger" ialah pemblog atau penulis blog. | Istilah | 02.03.2010 |
Salam, Laras bahasa: Komputer abort (vi, n) > henti paksa (kk) Hrp sahkan padanan-padanan imbuhan yg sesuai: 1) menghenti paksa (kk, aktif) 2) dihenti paksa (kk, pasif) 3) hentipaksaan (kn) 4) perhentianpaksaan (kn) TK | Dalam bentuk kata nama (istilah) frasa yang betul ialah henti paksa, manakala dalam bentuk kata kerja frasa yang betul ialah menghenti paksa/dihenti paksa. | Istilah | 20.12.2011 |
apakah terma yang boleh digunakan? 1. Food Security 2. Food insecurity | 1. Padanan bagi istilah food security dalam bahasa Melayu ialah keterjaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. 2. Padanan bagi istilah food insecurity dalam bahasa Melayu ialah ketakjaminan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.04.2025 |
1. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "the raising of loans"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "pemerdapatan pinjaman" sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? 2. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "to raise loan"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "memperdapatkan pinjaman"? 3. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "raised"? Sama ada perkataan "diperdapatkan" boleh digunakan? Adakah perkataan "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan" betul dari segi tatabahasa? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi the raising of loans ialah peningkatan kadar pinjaman, to raise loan ialah meningkatkan kadar pinjaman atau mendapatkan pinjaman. Manakala raised ialah meningkatkan. Walau bagaimanapun, frasa pemerdapatan pinjaman yang diguna pakai dalam Perlembagaan Persekutuan adalah mengikut laras dan istilah bagi bidang tersebut.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.06.2021 |
Adakah padanan bagi "coming into force" dalam ayat di bawah ini betul dalam teks bahasa kebangsaan yang dipadankan dengan "mula berkuat kuasanya" atau adakah ayat yang sewajarnya adalah "permulaan kuat kuasa". 1. (1) This Act may be cited as the *Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 and shall come into force [operation] on a date as the Minister may, by notification in the Gazette, appoint and different dates may be appointed for the coming into force of different provisions of this Act. 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. | Kami mencadangkan "coming into force" diterjemahkan sebagai "mula berkuat kuasa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2021 |
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah padanan paling sesuai untuk 'personalised'. Contoh ayat : 'The portal content should be personalised for each user/business profile based on their needs and interests' 2) apakah padanan untuk 'desk research' atau 'desktop research'? terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah personalized ialah diperibadikan dan istilah desk research ialah penyelidikan dalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.10.2023 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |
Salam sejahtera. Ingin bertanya apakah padanan bagi 1) perkataan istilah "brownface" dan "white" dari konteks perkauman. 2) "greenwashing" iaitu satu konsep dalam industri alam sekitar. Terima kasih. | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: brownface - muka perang whiteface - muka putih greenwashing - acah hijau Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.04.2022 |
Assalamualaikum & salam takzim. 1. Apakah padanan paling sesuai untuk Gaza "Strip"? Mengapa Kamus Dewan menggunakan padanan "Semenanjung" Gaza sedangkan Gaza dengan jelas bukan sebuah semenanjung seperti jirannya, Sinai? 2. Ejaan "faksimili" pada laman daftar Khidmat Nasihat DBP menimbulkan tanda tanya. Saya pernah diberitahu bahawa ejaan yang betul ialah "faksimile"? Yang mana satu betul? Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "Gaza Strip" ialah Semenanjung Gaza. Penamaan tempat atau kawasan merupakan nama khas yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipinda. 2. Ejaan yang betul ialah faksimile. | Ejaan | 16.04.2012 |
1. Apakah padanan terjemahan yang tepat bagi istilah “piling machine”? 2. Apakah padanan terjemahan yang tepat bagi istilah “high voltage power line”? Sama ada istilah yang sesuai ialah “talian kuasa voltan tinggi”, “talian elektrik voltan tingi”, “talian kuasa bervoltan tinggi” atau “talian elektrik bervoltan tinggi? Konteks ayat adalah seperti berikut: “Working environment which involves electricity at high voltage power line.” | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "piling machine" ialah mesin cerucuk manakala "high voltage power line" ialah talian kuasa elektrik voltan tinggi | Makna | 08.07.2021 |