Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin mendapatkan padanan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Waste Watcher 2. Waste Watcher Business Support 3. Emitter of CO2 gas 4. Different points of preparation 5. Leftovers and trimmings 6. Waste insights and Waste Trends 7. False transactions 8. High sensitivity 9. Dummy weight to enact waste 10. Spoilage area 11. Choose applicable item/category Untuk pengetahuan puan, ini adalah dalam konteks pembuangan sisa makanan dan tentang mesin yang merekod dan mengira pembuangan sisa makanan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Waste Watcher": Pemerhati Sisa Buangan

2) "Waste Watcher Business Support": Penyokong Perniagaan Pemerhati Sisa Buangan

3) "Emitter of CO2 gas": Pemancar Gas Karbon Dioksida

4) "Different points of preparation": Pelbagai Jenis Penyediaan

5) "Leftovers and trimmings": Baki dan Reja

6) "Waste insights and Waste Trends": Tinjauan dan Kecenderungan Sisa Buangan

7) "False transactions": Urus Niaga Palsu/Transaksi Palsu

8) "High sensitivity": Kepekaan Tinggi

9) "Dummy weight to enact waste": Berat Palsu untuk Menghasilkan Sisa Buangan 

10) "Spoilage area": Kawasan Perosak

11) "Choose applicable item/category": Pilih Kategori/Barangan Boleh Guna


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah16.07.2021
a. saya keliru dengan penggunaan perkataan "berhemah" dengan "berhemat". 1. Apa beza antara kedua-duanya. 2. Boleh beri contoh ayat yang sesuai ? b. ada khabar angin mengatakan kamus dewan edisi 4 tidak "valid". Betulkah ?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata berhemah membawa maksud seseorang yang  mempunyai budi pekerti yang mulia: Contoh ayat; dia jujur dan berhemah tinggi.

Manakala kata berhemat menggambarkan sikap seseorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan atau penyimpanan wangnya. 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan Kamus Dewan Edisi keempat tidak sah (valid) kurang tepat. Hal ini demikian, kerana  Kamus Dewan ini menjadi rujukan umum pengguna bahasa dan mendapat permintaan yang sungguh menggalakkan daripada pengguna bahasa. Untuk makluman pihak tuan, Kamus Dewan juga  diterbitkan dalam bentuk digital (cakera padat), iaitu Kamus Dewan Eja Pro. Walau bagaimanapun, kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap Kamus Dewan Edisi Keempat ini. DBP sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, maklum balas, dan komen daripada pengguna terhadap produk DBP untuk tindakan penambahbaikan. 

Tatabahasa11.06.2009
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualitiEjaan yang betul ialah:
1. prabayar
2. mi
3. di sini
4. perabot
5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu
6. klinik
7. pasar raya
8. batik
9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang)
10. amalan
11. pelan
12. warung
13. kuetiau
14. dilarang
15. ejen
16. juruwang
17. martabak
18. alat tulis
19. pisang goreng
20. kualiti
Ejaan30.03.2012
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014

Kembali ke atas