Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dir] | ڤندير

Definisi : bodoh, tolol: memang engkau sudah ~; bagaimana ~ dan gila cita-citanya; Pak P~ orang bodoh; sepandir sebodoh, setolol; kepandiran kebodohan, ketololan; kepandir-pandiran kebodoh-kebodohan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dir] | ڤندير

Definisi : tidak cekap berfikir; bodoh; tolol: Memang engkau ~. Pak ~ orang yg lurus tetapi bodoh. kepandiran keadaan atau sifat pandir; kebodohan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandir (adjektif)
Bersinonim dengan bodoh, dungu, tolol, bebal, tongong, bengap, baghal, bahlul, benak, bangang, bingung, bongok, dongok, ngong, otak udang, goblok, jahil, ahmal, lompong, pusung, palui, sementung;,
Kata Terbitan : kepandiran,

Peribahasa

Bersuluh menjemput (= minta) api.

Bermaksud :

Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas.

Tatabahasa15.09.2011
makna tipikal?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tipikal bermaksud 'bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa'. Contoh: Watak Pak Pandir yang secara tipikal mewakili orang yang dungu.Makna08.03.2013
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian.Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL.  Lain-lain26.02.2008
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan tipikal?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tipikal bermaksud 'bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa'. Contoh: Watak Pak Pandir yang secara tipikal mewakili orang yang dungu. Makna26.01.2012
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009
    apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

    Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

    Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

    i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

    ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

    iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

    iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

    v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

    Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

    a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

    b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

    c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

    d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

    Lain-lain01.09.2009

    Kembali ke atas