Adakah penggunaan peribahasa dalam ayat ini betul. "Seperti yang dikatakan dalam peribahasa"ada bukit,ada paya". Penggunaan telefon bimbit ada keburukan dan kebaikan." Jika tidak sesuai,apakah peribahasa yang sesuai? | Peribahasa "ada bukit, ada paya" bermaksud ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. Untuk melihat peribahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Tatabahasa | 28.04.2016 |
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
1) Antara perkataan sabung-menyabung dan sambar-menyambar, yang mana satu penggunaannya paling sesuai dalam ayat berikut. - Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung/sambar-menyambar. 2) Adakah penggunaan kesat dalam ayat berikut betul? - Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. - Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. - Saya kurang puas kerana meja yang baru dibeli ini kesat. | 1) Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung. 2) Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. (Tidak sesuai) Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. (Betul) Saya kurang berpuas hati kerana meja yang baru dibeli ini kesat. (Betul) | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Adakah cara penulisan bibliografi sebegini betul? Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. | Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan. 1. Buku: Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Karya Editor: Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Majalah Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. 4. Kertas Kerja Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. Untuk lebih jelas, boleh rujuk Buku Gaya Dewan, halaman 170. | Lain-lain | 08.07.2015 |
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor | Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut. 1. Buku: Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Karya Editor: Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Majalah Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. 4. Kertas Kerja Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan. | Lain-lain | 25.08.2015 |
apakah maksud sahabat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Ejaan | 28.02.2015 |
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai) | 1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. 2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145. | Tatabahasa | 25.04.2012 |
Assalamualaikum tuan. Adakah 'dikenal pasti' dan 'mendapat badan yang sihat' tergolong dalam kata kerja tak transitif dengan pelengkap? terima kasih. | Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Cth.: Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Contoh kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Sebagai seorang bakal guru saudari perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Oleh itu, untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394. | Tatabahasa | 04.03.2019 |
Salam sejahtera, saya ingin tahu apakah itu 'kata kerja terbitan', apakah bezanya dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. sila beri contoh. zaman ini, sekolah rendah banyak menggunakan frasa sebegini dalam buku teks yang sangat mengelirukan saya. selain kata kerja yang saya sebut di atas, sila senaraikan juga golongan kata kerja lain jika ada. sekian, terima kasih. | Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. . Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan , iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. | Tatabahasa | 03.03.2013 |
Emak sedang menidurkan adik. Adakah ayat ini kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif? Jelaskan penerangannya sekali. Terima kasih | Ayat tersebut merupakan ayat aktif transitif. 1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. | Tatabahasa | 12.04.2018 |