Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.da.nan] | ڤمادنن

Definisi : perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak tahu tentang makna istilah dan juga langkah-langkah membuat pengistilahan.Istilah ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Langkah-langkah membentuk istilah baharu ialah dengan melihat konsep sesuatu istilah itu, sama ada konsep tersebut sudah ada atau konsep yang baharu. Jika konsep sudah ada, maka pemerolehan istilah dibuat melalui pemantapan atau pemadanan. Pemadanan istilah pula dilakukan dengan empat cara iaitu penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing serta gabungan penterjemahan dan penyerapan. Tetapi jika konsep sesuatu istilah itu belum ada, maka istilah yang baharu akan dicipta.Lain-lain11.10.2006
Selamat Pagi, Tuan, Saya ingin bertanya tentang pemadanan Bahasa Melayu bagi rangkaian kata dan perkataan berikut: 1. Agro-based Industry 2. Courier Service 3. Intermediate Consumption 4. Operating Surplus 5. Auxiliary Sekian, terima kasih.

Padanan kata Bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Industri berasaskan pertanian

 2. Perkhidmatan kiriman cepat

 3. Penggunaan tengah

 4. Lebihan pengendalian

 5. Tambahan

Makna30.12.2009
apakah perkataan yang sesuai untuk Business Matching dalam Bahasa MalaysiaUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business matching" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "matching" dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan yang padanan bahasa Melayunya ialah pemadanan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "business matching" ialah pemadanan perniagaan.Istilah01.11.2013
Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan.Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah02.02.2013

Kembali ke atas