Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.rah] | ڤماره

Definisi : 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.rah] | ڤماره

Definisi : orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah golongan kata bagi perkataan ' pemarah'?Golongan katanya ialah kata nama am.Tatabahasa12.04.2009
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
1. Bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung tetapi dan manakala. 2. Antara ayat yang berikut, yang manakah betul penggunaan kata hubung tetapi dan manakala? a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. 3. Ada pendapat yang menyatakan kata hubung tetapi digunakan untuk pelaku yang sama sahaja. Contohnya: a. Budak itu pandai tetapi pemalas. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik Adakah pendapat ini betul?

1. Perkataan tetapi digunakan untuk me­nyata­kan hal yang berlawanan atau bertentangan, seperti ayat: Budak itu pandai tetapi malas. Perkataan manakala pula membawa banyak maksud, iaitu 1. apabila, bilamana; 2. tetapi; dan 3. sedangkan. Perkataan manakala boleh dibezakan apabila membawa maksud pertama dan ketiga.

2. a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. - kedua-dua ayat ini betul

3. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan dalam ayat majmuk gabungan. Tidak ada maklumat dalam buku Tatabahasa Dewan mensyaratkan hal yang berlawanan itu digunakan untuk pelaku yang sama. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik - dari aspek tatabahasanya ayat ini adalah betul, tetapi kurang tepat dari aspek makna.

Tatabahasa12.05.2011

Kembali ke atas