Saya ingin bertanyakan soalan tentang pemenggalan suku kata. Saya difahamkan bahawa pemenggalan suku kata dan pemenggalan sebutan adalah berbeza konsep. Jadi, adakah suku kata bagi "keluarga" adalah ke-lu-ar-ga atau ke-luar-ga. Saya difahamkan jika terdapat palatalisasi (y) dan labialisasi (w) pada perkataan tersebut, ia akan digabungkan pemenggalan sebutan tersebut, contohnya, keluarga, yang mana terdapat labialisasi padanya, iaitu (keluwarga) dan pemenggalan bagi sebutannya adalah (ke-luar-ga). Adakah pemenggalan suku katanya sama atau berbeza dengan sebutan kerana saya selalu mendapat jawapan yang berlainan. Namun, saya berpendapat bahawa pemenggalan suku kata bagi keluarga ialah ke-lu-ar-ga apabila dibaca satu satu. | Pemenggalan suku kata bagi keluarga ialah [ke.lu.ar.ga]. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat yang terkini. | Lain-lain | 19.08.2024 |
Apakah pemenggalan suku kata bagi "harimau"? Adakah (ha-ri-ma-u) atau (ha-ri-mau)? Adakah "pemenggalan suku kata" dan "pemenggalan sebutan" bagi perkataan "harimau" serpa atau berbeza? Terima kasih. | Pemenggalan suku kata dan sebutan bagi perkataan harimau ialah ha.ri.mau. Pemenggalan suku kata dan sebutan boleh sama atau berbeza, contohnya perkataan kuih, penggal suku kata (ku.ih) dan penggal sebutan (kuih). | Tatabahasa | 02.04.2018 |
Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perarakan’? 2. Apakah sebutan ‘perarakan’? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perempuan’? 4. Apakah sebutan ‘perempuan’? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menguek’? 6. Apakah sebutan ‘menguek’? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘berada’? 8. Apakah sebutan ‘berada’? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengambil’? 10. Apakah sebutan ‘mengambil’? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengalir’? 12. Apakah sebutan ‘mengalir’? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengutip’? 14. Apakah sebutan ‘mengutip’? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengayuh’? 16. Apakah sebutan ‘mengayuh’? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menyanyi’? 18. Apakah sebutan ‘menyanyi’? 19. Bagaimanakah cara menulis ‘mari oh ke mari/ kemari’? 20. Yang manakah betul: ‘boleh melihat’ atau ‘boleh lihat’? 21. Yang manakah betul: ‘dapat melihat’ atau ‘dapat lihat’? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan ‘di’? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.) | 1. 1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran. 2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah. 3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. 4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku." 1.
| Ejaan | 17.04.2024 |
Apakah perbezaan sebutan suku kata dan kata ejaan suku kata ? | Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun]. Contoh: ma-kan-an (pemenggalan suku kata) ma-ka-nan (pemenggalan sebutan) ba-yar-an (pemenggalan suku kata) ba-ya-ran (pemenggalan suku kata) | Lain-lain | 19.01.2022 |
Saya pernah melihat pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut di jawap olewh Dewan Bahasa sendiri. Tetapi pemenggalan perkataan tersebut berbeza dengan apa yang DBP baru-baru ini jawap kepada saya. Jawapan yang saya perolehi baru-baru ini adalah: 1. makanan (ma.ka.nan) 2. bayaran (ba.ya.ran) Walaubaimanapun, saya ada terjumpa di online DBP menjawap pemenggalan perkataan bagi perkataan seperti di atas adalah seperti berikut: 1. makanan (ma-kan-an) 2. bayaran (ba-yar-an) Disini saya ada sertakan sekali gambar sebagai bukti pemenggalan perkataan bagi perkataan berikut yang sebelum ini saya temui dijawap oleh DBP. Mohon supaya pihak dapat memberikan pencerahan bagi situasi ini. Terima kasih:) | Salam sejahtera, Tuan, Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun]. Contoh: ma-kan-an (pemenggalan suku kata) ma-ka-nan (pemenggalan sebutan) ba-yar-an (pemenggalan suku kata) ba-ya-ran (pemenggalan sebutan) Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"? Adakah (ceong-sam) atau (ce-ong-sam)? Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam" ialah [Céong.sam] iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (ce.ong.sam). | Ejaan | 21.02.2018 |
Saya telah mengajukan kepada pihak DBP tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan "Malaysia". Tetapi jawapan yang saya terima adalah (fff). Bolehkah saya tahu apakah maksud jawapan itu? Adakah pemenggalan suku kata seperti berikut? 1. (Ma-lay-sia) 2. (Ma-lay-si-a) Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan 'Malaysia" ialah [ Ma.lé.sia], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah ( Ma.lay.si.a) | Ejaan | 02.03.2018 |
Selamat sejahtera, 1.Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "slanga"? 2.Apakah pemenggalan ejaan bagi perkataan "menyikat"? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2134 dan 2100), pemenggalan suku kata 'slanga' dan 'menyikat' adalah seperti yang berikut: 1. slanga [sla.nga] 2. menyikat [me.nyi.kat] Pemenggalan kata ini selaras mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi) (DBP: 2001). | Lain-lain | 15.08.2022 |
Apakah suku kata bagi perkataan "mengambil". Terima kasih. | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua pemenggalan suku kata bagi perkataan "Mengambil" ialah [me.ngam.bil], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bunyi bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan bunyi). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (men.gam.bil. ) | Ejaan | 24.05.2018 |
Saya sedang menyiapkan dua buah kamus untuk murid prasekolah dan murid sekolah rendah. Jadi, saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata yang sesuai untuk digunakan dalam kedua-dua kamus tersebut sama ada pemenggalan suku kata berdasarkan ejaan atau pemenggalan suku kata berdasarkan sebutan? Saya ingin bertanya tentang pemenggalan perkataan tersebut, iaitu laut, main, koir, hadiah sama ada la/ut atau laut, ma/in atau main, ko/ir atau koir dan ha/di/ah atau ha/diah? Oleh itu, pemenggalan suku kata yang manakah perlu saya gunakan? Terima kasih. | Menurut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1972-1992); Pemisahan suku kata pada kata dasar adalah sebagai berikut: a. Kalau di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan, pemisahan tersebut dilakukan di antara kedua-dua vokal itu. Misalnya: ma-in, sa-at, bu-ah, li-ar. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), pemenggalan bagi sebutan bahasa Melayu bagi kata laut, hadiah, main dan koir ialah [la.ut], [ha.di.ah], [ma.in] dan [ko.ir]. | Ejaan | 15.08.2024 |