Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. dua kali seminggu / seminggu dua kali 2. pendingin udara /pendingin hawaJawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ayat tersebut betul, 2. pendingin hawa atau istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Lain-lain03.04.2010
Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP?Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah02.05.2012
penghawa dingin atau pendingin hawaYang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Istilah19.04.2009
pendingin hawa @ penghawa dingin ? Mana yg betul? Terima kasih.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah09.02.2011
pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betulIstilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah09.10.2012
mana satu betul, penghawa dingin atau pendingin hawa?Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah15.05.2011
manakah yang betul? (a)pendingin hawa (b)penghawa dingin terima kasihSdr., ejaan yang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Lain-lain18.04.2010
Mana yang betul penghawa dingin atau pendingin hawa? Terimakasih.

Puan Rita,

Perkataan yang betul ialah pendingin hawa.

Istilah29.12.2010
perkataan manakah yang betul : pendingin hawa ataupun penghawa dingin. - (perkataan bahawa melayu bagi air cond)Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin udara.Istilah25.06.2012
Yang mana betuL? a)penghawa dingin b)penyaman udara c)Pendingin hawaYang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Makna08.09.2008
1234

Kembali ke atas