penempatan/petempatan | 1. proses menempatkan 2. tempat | Tatabahasa | 26.05.2009 |
Apa makna: 1. Penempatan 2. Petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 14.05.2013 |
buruh asing mengambil kesempatan dengan mendirikan (penempatan, petempatan) secara haram. tuan, penempatan atau petempatan yang betul? | Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan. | Tatabahasa | 06.09.2015 |
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 12.02.2012 |
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat. | Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. | Makna | 02.07.2012 |
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Tatabahasa | 05.05.2011 |
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan? | Saudara, Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. | Lain-lain | 07.07.2010 |
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan bahasa Inggeris untuk istilah 'penempatan sementara'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "penempatan sementara" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "petempatan sementara" yang padanan bahasa Inggerisnya ialah temporary settlement. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2014 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk program *work attachment* dan *student attachment*? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "work attachment" dan "student attachment". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan dan sangkutan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penempatan pelajar (Program Penempatan Pelajar). | Istilah | 01.06.2013 |