Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.rang] | ڤنرڠ

Definisi : sesuatu yg menerangi (menerang­kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.rang] | ڤنرڠ

Definisi : sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud inti frasaMaksud inti dalam konteks binaan frasa nama mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya dalam frasa nama 'bapa budak itu', intinya ialah bapa, sementara 'budak' dan 'itu' ialah penerang-penerang yang menerangkan 'bapa'. Sila rujuk Kamus Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Makna04.10.2007
Wujudkah perbezaan antara kata keterangan dengan inti penerang? Adakah boleh disamakan antara adverb(Bahasa Inggeris) dengan kata keterangan/penerang?Terdapat perbezaan antara kata keterangan adverb. Untuk memahaminya lihat fungsi setiap kelas kata dan contoh ayat yang diberikan. kata keterangan berfungsi menghubungkan keterangan pada klausa utama, contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi acara, masa dan tempat, contohnya: Kami selalu memperkatakan hal itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan halaman 253 dan 289.Tatabahasa22.06.2011
Tuan, Salam Sejahtera, Saya anak Malaysia yang kini belajar di Beijing pada peringkat falsafah kedoktoran mengenai Bahasa & Linguistik. Tajuk thesis PhD saya ialah"Perbandingan struktur 'Inti-Penerang' dlm BM & BC". Soalan saya: 1 Adakah buku tatabahasa Melayu mrngenai struktur 'Inti-Penerang' dijual di DBP? 2. Bagaimanakah saya akses sumber karya Melayu kuno dan klasik di DBP? 3. Bagaimanakah saya dapatkan bantuan Munsyi bahasa DBP sekiranya saya mempunyai pertanyaan?Apakah prosedurnya? Ribuan terima kasih! Salam dari Beijing Ng Chwee Fang chweefang@yahoo.com

Kami tidak menemukan sebarang maklumat tentang terbitan atau kajian tajuk Perbandingan Struktur Inti Penerang dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sama ada dalam sumber rujukan kami, juga melalui carian di Internet. Beberapa kertas kerja seminar pula menghasilkan kajian tatabahasa bahasa Mandarin secara am, tidak ada yang memberikan tumpuan khusus kepada tajuk Inti Penerang. Kami mencadangkan tuan menghubungi Puan Aminah Awang Besar, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP melalui talian 03-21479676 atau e-mel aminah1@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa12.12.2015
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
Frasa 'seluar dalam' itu adalah kata majmuk atau frasa nama(inti + penerang)Seluar dalam ialah frasa nama.Tatabahasa01.04.2013
Assalamualaikum, Mana satukah ayat yang betul untuk sekolah rendah. 1. Kereta itu ada empat tayar 2. Kereta itu ada tayar empat Mohon pencerahan daripada pakar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah ayat 1.: Kereta itu ada empat tayar.  Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan, maka penerang demikian boleh mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama seperti:  empat tayar
             sekawan burung
              tiga helai sapu tangan
              semua pasukan
Lain-lain13.05.2016
berjauta-juta ialah kata kerja atau kata apa? tqBerjuta-juta merupakan kata bilangan yang menjadi penerang pada frasa nama yang hadir sebelum frasa tersebut.Tatabahasa01.08.2013
salam..saya ingin bertanya Kata Bilangan + Kata Nama akan menghasilkan bentuk tunggal atau jamak?Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Tatabahasa12.01.2011
Bagaimana untuk mengatasi masalah penggunaan kata bilangan yang tidak betul mengikut ayat yang hendak dibina?Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Oleh itu, untuk menguasai penggunaan kata bilangan rujuk buku tatabahasa atau makalah yang berkaitan serta memperbanyakkan latihan membina ayat dengan menggunakan kata bilangan.Tatabahasa04.03.2012
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama?Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi".Tatabahasa15.08.2015
12345678910

Kembali ke atas