Berikan penggalan waktu untuk 24 jam sehari. Contoh : Pkl 1.00 tgh hari atau petang? | Pemenggalan waktu: 12 tengah malam-1 pagi 1 pagi-11.59 pagi 12.00 tengah hari-1.59 petang 2 petang-6.59 petang 7 malam-11.59 malam | Lain-lain | 29.10.2019 |
Bagaimana pula penggalan waktu dalam B. Inggeris? Tempoh waktu yang dipanggil morning dan lain lain lagi | Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Pemenggalan waktu dalam bahasa Melayu telah dibalas pada soalan puan yang lalu. | Lain-lain | 29.10.2019 |
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahaja | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu yang bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah pihak tuan? Sepatutnya t tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahaja | Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
sy nak pastikan - cut off time - istilah bank (masa penggalan) Business day - waktu perniagaan ke waktu berniaga | Istilah yang sesuai ialah "waktu perniagaan" | Istilah | 25.05.2017 |
maksud kosonan dan maksud vokal | Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
Dalam aspek masa, mana satukah penggunaan yang betul: 7.30 petang atau 7.30 malam? | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Bilakah ucapan Selamat Petang dan Selamat diucapkan. Mohon pencerahan. | Soalan saudara kurang jelas, jika tuan maksudkan penggalan masa untuk membuat ucapan tersebut, petang bermula dari pukul 2.00 6.59 dan malam dari pukul 7.00 hingga 11.59. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bak | Berikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Mee Wee Ting SEL 9.19 PTG Maaf, sy ingin tnya, klu untuk mengucap selamat, selepas pukul 7pm disebut selamat petang ataupun selamat malam? | Terima kasih. Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Harap maklum dan terima kasih. | Istilah | 23.05.2017 |