Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bak | Berikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Dalam aspek masa, mana satukah penggunaan yang betul: 7.30 petang atau 7.30 malam? | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malam | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Saya ingin perincian waktu yang tepat dalam bahasa Melayu. Contohnya waktu pagi dari jam berapa hingga jam berapa, petang, malam, dinihari dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat kekeliruan ketara terutama dalam penentuan waktu tengah hari seperti 1.30 petang, 7.00 petang dan lain-lain. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Lain-lain | 03.03.2012 |