kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih. | Contoh ayat: 1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok. 2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga 3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan. 4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan. 5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas. | Istilah | 22.06.2010 |
Salam, saya ingin mendapatkan nasihat. Adakah perlu untuk menggunakan 'pegawai' iaitu pegawai penguat kuasa, atau memadai dengan 'penguat kuasa' sahaja memandangkan penguat kuasa itu merujuk kepada individu yang menguatkuasakan undang-undang. Terima kasih. | "Penguat Kuasa" dan "Pegawai Penguat Kuasa" boleh digunakan, namun, penggunaan kata ini berdasarkan konteks penggunaanya. | Lain-lain | 25.08.2022 |
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasih | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) penguat+kuasa">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaan | Ejaan | 29.12.2015 |
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini , {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan". | Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya. Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan". Sekian terima kasih. | Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya. Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya. Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik. Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. | Makna | 06.01.2025 |
Assalamualaikum Tuan/ Puan. Apakah ejaan yang betul bagi penguat kuasa? Ejaannya dijarakkan atau dirapatkan? Khidmat Nasihat DBP memberikan jawapan yang bercanggah. Mohon pencerahan dan diharapkan dapat disemak semula jawapan-jawapan di Khidmat Nasihat kerana banyak jawapan yang bercanggah. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah penguat kuasa yang membawa maksud orang (pihak, badan, dan sebagainya) yang menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dan sebagainya).
| Ejaan | 04.12.2020 |