adakah ayat -ayat dibawah adalah betul? (a)Amir telah berjaya meluluskan dirinya dari penjara (b)Amir telah berjaya meloloskan dirinya dari penjara terima kasih..... | Jawapan yang betul ialah (b) Amir telah berjaya meloloskan dirinya dari penjara. | Lain-lain | 29.07.2010 |
saya ada satu kemuskilan: apakah perbezaan antara menjatuhi,menjatuhkan,dijatuhi dan dijatuhkan. Adakah ayat ini tepat:Apabila dia dijatuhi hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak.atau Apabila dia dijatuhkan hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak.Sekian | Saudara/ saudari, 'Apabila dia dijatuhkan hukuman penjara, kaum keluarganya menangis teresak-esak' adalah salah dan penggunaan yang betul ialah penggunaan perkataan dijatuhi. Apabila dia dijatuhi hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 207. Untuk pertanyaan perbezaan antara menjatuhi, menjatuhkan, dijatuhi dan dijatuhkan pula, saudara/saudari boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlmn. 613) bagi maklumat lanjut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
Soalan 1:tidak terangkat oleh saya kotak yang berat itu.(adakah ayat ini betul) Soalan 2 : Hakim telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu. (atau) Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu.(Ayat yang manakah betul) Terima kasih. | Saudara Sulioh, 1. Ayat ini yang merupakan ayat pasif betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 148-149. 2. Ayat yang betul ialah 'Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu' atau ' Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup'. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 191-207. | Tatabahasa | 23.08.2009 |
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? ' bagaimana boleh dia boleh kata bahawa yang zalim jadi pemerintah, yang baik masuk penjara.' | Ayat yang dinyatakan cenderung kepada bahasa percakapan. Ayat yang lebih gramatis ialah "Bagaimana dia boleh mengatakan bahawa yang zalim menjadi pemerintah manakala yang baik memasuki penjara?" | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. | 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul 2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
two years jail sentence for each of 3 counts of corrupt pratices | hukuman penjara selama dua tahun bagi setiap 3 kali suapan rasuah | Lain-lain | 20.06.2008 |
1. Apakah perbezaan antara kompleks dengan komplek? 2. Sila jelaskan perbezaan menjatuhi dengan menjatuhkan Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kompleks, tidak ada perkataan komplek dalam bahasa Melayu. Perbezaan kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat dalam ayat contoh yang berikut: Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara selama enam tahun dan Hakim menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun ke atas pesalah itu. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~. | Tatabahasa | 26.11.2008 |
apa dimaksudkan dengan perkataan 'PAROL' | "Parol" ialah istilah undang-undang yang bermaksud 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dan sebagainya; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu. | Istilah | 05.03.2009 |