Mohon terjemahan dalam Bahasa Malaysia bagi World Refrigeration Day Hari Penyejukan Sedunia atau Hari Pendinginan Sedunia? | Maksud Refrigeration menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah penyejukan yang bermaksud perbuatan atau hal penyejukan. Cadangan daripada pihak kami, terjemahan yang sesuai bagi World Refrigeration Day ialah Hari Penyejukan Dunia. | Makna | 09.03.2020 |
COOLING | PENYEJUKAN | Istilah | 14.01.2011 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "cooldown" dalam konteks teknologi dan maklumat? Lazimnya, "cooldown" ini merupakan satu tempoh masa yang ditetapkan selepas suatu tindakan, di mana sepanjang tempoh itu pengguna tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa tindakan, agar tidak menyebabkan beban lampau pada komputer. Terima kasih. | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: cooldown - penyejukan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 19.07.2021 |
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air Curtain | Cadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: 1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF) 2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX) 3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_ 4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat 5. water cooled system - sistem penyejukan air 6. booster pump - pam penggalak 7. roller shutter - penutup gendela gulung 8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran 9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran 10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.04.2024 |
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hold, refrigerating and cool chambers sea-going vessels" dalam konteks ayat di bawah: 1. The carrier shall be bound, before and at the beginning of the voyage, to exercise due diligence to— “….make the holds, refrigerating and cool chambers, and all other parts of the ship in which goods are carried fit and safe for their reception, carriage and preservation. “ " Sama ada boleh diterjemah sebagai "palka, ruang sejuk dingin dan semua bahagian lain kapal yang di dalam barang diangkut sesuai dan selamat bagi penerimaan, pengangkutan dan pemeliharaannya dalam konteks ayat di bawah"? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "palka, ruang penyejukan dan semua bahagian lain pada kapal yang menempatkan barangan yang dibawa elok dan selamat untuk diterima, dibawa dan dijaga". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2021 |