mohon tolong translate dalam bahasa Inggeris bagi penyediaan laporan. perkataan yang dimaksudkan adalah 'PENCAPAIAN PENYERAGAMAN'. Sekian, terima kasih. -yazlin- | Cadangan kami ialah standardization achievement. | Istilah | 30.03.2010 |
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat ! | Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. | Lain-lain | 16.10.2016 |
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih. | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994. | Makna | 26.12.2006 |
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih. | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994. | Lain-lain | 26.12.2006 |
sejarah bahasa baku di malaysia dan aspek pembakuannya | Bahasa baku merangkumi aspek ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, laras bahasa, istilah dan sebutan baku. Pembakuan bahasa bermula dengan penyeragaman sistem ejaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.01.2007 |
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan? | 1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat. 2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam. | Lain-lain | 05.05.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang sebutan baku bahasa Melayu. Bolehkah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dibakukan sebutan mengikut ejaannya? | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Oleh itu, kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah dibakukan sebutannya. Sila rujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1994. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Saya menggunakan telefon pintar dengan sistem Android 2.3 Merujuk kpd kenyataan di dalam akaun Facebook rasmi DBP di alamat versi telefon: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=636992936371678&id=109573169113660&set=a.110964238974553.11894.109573169113660&_rdr#637101786360793 bolehkah jelaskan mengapa: - 'analisa' salah tetapi 'analisis' betul? bukankah 'analisa' ialah kata kerja manakala 'analisis' ialah kata nama? - 'silaturrahim' salah tetapi 'silaturahim' betul? perkataan tersebut dipinjam dari perkataan bahasa Arab dengan saddah/ "rr" bukan? Hilang keaslian bahasa & salah ?? - 'kuey teow' salah manakala 'kuetiau' betul? bukankah 'kuey teow' lebih senang difahami berbanding dieja 'kuetiau'?? - 'catit' salah manakala 'catat' betul? bukankah 'catit' ialah perkataan di dalam dialek tertentu yang sepatutnya diterima? perkataan lain seperti perkataan 'gerek' patut diterima juga. jenuh nak ingat perkataan lama dan baru, saya jadi semakin keliru dengan DBP sekarang... lagi satu, perkataan 'selfie' diterima ke dalam bahasa Inggeris, saya cadangkan DBP fikirkan perkataan bahasa Malaysia untuk istilah ini secepat mungkin, takkanlah nak pinjam dari bahasa Inggeris juga, bukan? Saya cadangkan 'gamdiri' daripada 'gambar sendiri' | Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Untuk makluman tuan juga, ejaan kata pinjaman bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah analisis, catat, silaturahim dan kuetiau. Perkataan gerek membawa beberapa makna, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerek. Melalui carian di internet perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih. | YBhg. Datuk, i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs. ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi. Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran. | Tatabahasa | 13.05.2010 |