Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Sila bina ayat untuk membezakan 'pada peringkat' dan 'di peringkat'. 2. Sama ada rangkai kata 'anak kunci' dan kosa kata 'kunci' membawa maksud yang sama?

1.   Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Penggunaan yang betul ialah "pada peringkat."  Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.

 

2.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

1. alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

Makna21.07.2017
bagaimana cara nya untuk memohon biasiswa dari DBPUntuk makluman puan pada masa ini DBP tidak lagi menyediakan kemudahan biasiswa untuk pengajian peringkat ijazah pertama.Lain-lain07.08.2012
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama?

Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama.

Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang  tertentu, iaitu:
1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya

Tatabahasa07.08.2022
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai  1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat.

Berdasarkan takrifan tersebut,  darjat dan martabat membawa makna yang sama.

Istilah25.02.2009

Kembali ke atas