Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesuatu yg mesti dikerjakan atau diselesaikan; hal: Ada ~ penting yg perlu saya bereskan sekarang. 2 sesuatu yg berlaku; kejadian; peristiwa: ~ pembunuhan itu telah dilaporkan kpd polis. 3 sesuatu yg ada sangkut pautnya dgn undang-undang atau yg perlu dibicarakan di mahkamah; kes: Beberapa orang yg terlibat dlm ~ rasuah itu telah menerima hukuman masing-masing. ~ berbangkit perkara yg ditimbulkan semula (biasanya dlm mesyuarat) setelah dibincangkan pd masa yg lalu. memperkarakan 1 menjadikan sbg perkara; mengadukan ke muka pengadilan: Hal yg remeh itu hendak diperkarakan ke mahkamah. 2 menjadikan sbg bahan pertikaian; mempertengkarkan: Masalah yg kecil itu usahlah diperkarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa berikut gramatis? 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Selain "rakyat", apakah perkataan lain yang tidak tidak boleh digandakan?1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Kedua-dua contoh penggunaan kata ganda tersebut tidaklah salah dan jika ditulis "peristiwa itu ...", "perkara lain akan dibincangkan juga" jua tidak menjadi satu kesalahan. Namun dalam penggunaanyan seumpama ini; "peserta seminar", "negara anggota pertubuhan" kata peserta dan negara tidak perlu lagi digandakan kerana seminar dan pertubuhan telah menunjukkan jamak.Tatabahasa01.10.2009
Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan?Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita.Istilah06.06.2010
contoh surat rasmi kerajaan

Surat rasmi kerajaan biasanya ada perkara-perkara berikut :

Logo dan alamat lengkap institusi pengirim, nama penerima (kiri), rujukan dan tarikh (kanan), sapaan (kiri), perkara (kiri), perenggan penanda wacana, perenggan sokongan, perenggan penutup, slogan (kiri), perakuan (kiri), tandatangan berserta nama dan jawatan (kiri), parap (kiri).

Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain15.01.2009
Saya ingin mendapat kepastian bagi perkara-perkara berikut:- i. sekiranya permulaan ayat, Untuk makluman tuan / Tuan, yang manakah tepat? Perlukan Tuan itu ditulis dengan huruf besar atau kecil? ii. bagi surat yang ingin ditujukan kepada seseorang, yang pada kebiasaannya kita tulis U.P / u.p: Pn Shahniza, perlukah 'untuk perhatian' itu di tulis dengan huruf besar atau huruf kecil? iii. saya kurang pasti perkataan yang jenis apa perlu dijarakkan dan mana yang tidak. Sebagai contoh, walau bagaimanapun, urus setia, dan sebagainya. Mohon bantuan dan khidmat nasihat. Terima kasih.

1. Perkataan tuan/puan pada pangkal ayat ditulis dengan huruf besar, manakala dalam ayat ayat ditulis dengan huruf kecil. 

2. Perkataan untuk perhatian (u.p.) ditulis dengan huruf kecil.

3. Kata majmuk lazimnya dieja dua perkataan kecuali yang telah mantap sahaja antaranya warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.

Tatabahasa04.01.2011
Saya ingin membuat semakan bagi perkara-perkara berikut: 1. Ejaan maklumbalas atau maklum balas soal selidik 2. istilah faculty developer dan antecedent dalam Bahasa Malaysia 3. ejaan tindakbalas atau tindak balas

1. Ejaan yang betul ialah maklum balas.

2. Sila nyatakan dalam bidang apa dan konteks penggunaan istilah ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam mencari padanannya dalam bahasa Melayu.

3. Ejaan yang betul ialah tindak balas

Istilah20.03.2010
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih !

1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul.

3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) 

Tatabahasa25.05.2008
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandarAyat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.'Tatabahasa13.09.2007
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara berikut: 1.Bagaimana perkataan "terhadap" perlu digunakan: Jabatannya telah mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. (Adakah ayat ini betul)? Sikapnya terhadap pembelajran bahasa adalah terlalu negatif. (adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?). 2. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambahbaikkan sitem pendidikan negara. (adakah ayat ini betul?) 3. Baru-baru ini adik saya telah menerima tawaran yang menarik daripada syarikat itu. (betul?) Sekian, terima kasih. Peter Johnson peterj@streamyx.comKata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Penggunaan kata sendi terhadap dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat (2) dan (3) betul.Tatabahasa15.05.2008
Salam, saya ingin bertanya tentang perkataan "bermaharajalela". Apakah perkataan tersebut khusus untuk perkara-perkara negatif? Contoh ayat:- "Semenjak kebelakangan ini, peragut- peragut semakin bermaharajalela di tempat ini." Sedangkan Dato' Maharajalela merupakan pejuang tanah air. Harap pihak DBP dapat mengkaji perkataan ini. Selain itu, saya juga berharap maklumbalas daripada pihak DBP.Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, perkataan bermaharajalela lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang berunsur negatif. Hal ini bermungkinan terjadi sedemikian kerana kata terbitan bermaharajalela itu disandarkan kepada maksud asal maharajalela, iaitu menteri yang tugasnya memenggal kepala orang yang bersalah kepada raja.Tatabahasa03.12.2012
salam, saya ingin bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan literasi bahasa melayu. apakah perkara-perkara yang terdapat dalam literasi bahasa.Literasi bermaksud kebolehan seseorang menulis dan membaca ataupun perkataan lain ialah celik huruf. Maksud umum bagi literasi bahasa Melayu ialah celik bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan yang jelas, sila rujuk buku-buku berkenaan atau pusat bahasa di IPTA.Makna26.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas