Terima kasih kerana maklumbalas pertanyaan-pertanyaan saya sebelum ini. Apakah terjemahan bagi -one dan -ene- yang terdapat dalam nama ki ia sistematik seperti pada contoh-contoh di bawah: 6-tert-butyl-3-dimethylamino-4-methyl-1,2,4-triazin-5= (4H)-one S-allyl prop-2-ene-1-sulfinothioate Sekian. | Sila rujuk buku Istilah Tatanama Kimia sebagai panduan dalam penamaan istilah-istilah ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2015 |
Assalamualikum tuan/puan. Terima kasih banyak kerana menjawab pertanyaan -pertanyaan saya. Ia sangat membantu. Saya ingin bertanya beza "hasil" dan "keberhasilan" Terima kasih. | Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi hasil dan keberhasilan adalah seperti yang berikut: hasil n 1 dapatan atau faedah drp sst usaha, kegiatan dsb: Setelah lima tahun bercucuk tanam, ladang itu memberikan hasil yg lumayan.• Penangkapan Razlan itu ialah hasil pengintipan selama sebulan. 2 sst yg diperoleh atau dikeluarkan drp pokok, tanah, hutan dsb: Myanmar ialah sebuah negara yg kaya dgn hasil hutannya. • Orang Senoi mengutip hasil padi mereka dgn menggunakan tuai. 3 ki sst kebaikan atau keburukan yg timbul selepas berlakunya sst kejadian, tindakan dll: Mereka menggunakan senjata termoden hasil teknologi paling canggih. • Keselesaan yg dinikmati ialah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi sebelum ini. 4 pendapatan yg diperoleh sso, syarikat atau negara drp kutipan cukai, denda, sewa dll: Sekiranya orang yg dituduh itu tidak hadir pd hari perbicaraannya, maka wang jaminannya itu akan hilang dan menjadi hasil kerajaan. keberhasilan n 1 hal beroleh hasil atau kesan: Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya.• Dia menerangkan cara utk meningkatkan keberhasilan perniagaan di Internet. 2 sst yg dicapai atau diperoleh: Mari sama-sama kita berkongsi ttg keberhasilan yg dicapai sepanjang Ramadan. | Lain-lain | 06.07.2021 |
Tuan/Puan, Untuk makluman, pasukan kami sedang menyemak Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Justeru itu, terdapat pertanyaan-pertanyaan berkenaan padanan yang digunakan dalam peruntukan Peraturan-Peraturan tersebut. Pertanyaan tersebut dilampirkan bersama-sama ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2021 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Falls Somewhat Short"? Ayat ini digunakan dalam pemarkahan kaji selidik. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Seperti biasa, sila berikan konteks ayat atau lebih baik ayat penuh seperti pertanyaan-pertanyaan puan sebelum ini. Dalam buku Kamus Dewan, fall short membawa pengertian berkurang atau menurun; manakala somewhat membawa pengertian sangat-sangat atau agak. Daripada pengertian makna kamus (tanpa konteks ini) kami hanya boleh mencadangkan padanan seperti yang berikut: 1. sangat-sangat berkurang 2. sangat-sangat menurun 3. agak berkurang 4. agak menurun | Istilah | 06.05.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud perkataan "physic" yang digunakan dalam bidang perubatan. Perkataan ini adalah berbeza daripada "physics" yang bermaksud fizik. Terima kasih. | Seperti biasa, sila berikan konteks ayat atau lebih baik ayat penuh seperti pertanyaan-pertanyaan puan sebelum ini. | Istilah | 22.05.2014 |
Assalamualaikum, pertanyaan ini merupakan kesinambungan daripada pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkaitan dengan pertanyaan kerja kosong di DBP. Di sini saya lampirkan resume saya untuk digabungkan sekali bersama keputusan peperiksaan saya yang dihantar pada pertanyaan sebelum ini. Jika ada apa-apa pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di 0199886073 atau di emel amiraaqilah@gmail.com | Salam sejahtera, Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut. Sekian, untuk pemakluman. | Lain-lain | 12.02.2022 |
Apakah perbezaan antara sekolah/akademi swasta dan persendirian? | Mohon maaf, pertanyaan ini bukan pertanyaan tentang bahasa, ejaan, sastera, penerbitan atau korporat DBP dan kami tidak dapat memberikan maklum balas tentang pertanyaan tersebut. | Lain-lain | 08.03.2024 |
pertanyaan sebagaimana dalam fail yang disertakan | Penulisan ungkapan sapaan yang bersesuaian dalam memo atau surat rasmi ialah: - Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/tuan/puan,
- Untuk makluman tuan/puan,
Walau bagaimanapun, cara menulis ungkapan sapaan perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2017), halaman 98 – 116 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 28.04.2025 |
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih | berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169) Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati. Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung. Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas. Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 04.02.2025 |
Pertanyaan Ransangan atau rangsangan? Ejaan yang mana satu betul? Jawapan yang diberi dalam Khidmat Nasihat 2009 ialah rangsangan tetapi kebanyakan artikel dalam Google menulis ransangan malahan buku teks sains juga guna ransangan. Minta penjelasan untuk perkataan ini. Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah rangsangan. Kata ini terbit daripada kata rangsang. Penggunaan kata ransangan adalah salah dan tiada dalam kamus. | Ejaan | 19.03.2023 |