Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.tif] | ڤوسيتيف

Definisi : 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekan­kan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~; mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda; kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.si.tif] | ڤوسيتيف

Definisi : 1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
positif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pasti, tentu, tegas, sah, nyata, jelas, terang, benar, sahih, tepat, jitu, muktamad;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD ISTILAH "RESOLUSI POSITIF"Resolusi positif boleh didefinisikan keputusan rasmi yang dicapai dalam sesuatu mesyuarat atau persidangan yang bersifat sesuatu yang baik dan mendatangkan manfaat.Makna12.02.2007
Tuan, Adakah susunan ayat di bawah bagi penggunaan 'positif' betul? Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai virus hepatitis aktif dan memantau tahap virus semasa kajian jika anda positif Hepatitis B atau C.

Kedudukan perkataan positif dalam ayat “jika anda positif Hepatitis B atau C” betul. Namun begitu, ayat sebelumnya tidak jelas apa yang pihak tuan mahu sampaikan.

Tatabahasa04.10.2019
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" bagi perkataan-perkataan yang berikut. 1. ... ialah maksimum ATAU ... adalah maksimum? 2. ... ialah minimum ATAU ... adalah minimum? 3. ... ialah positif ATAU ... adalah positif? 4. ... ialah negatif ATAU ... adalah negatif? Selain itu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung "yang" sama ada perlu ada atau boleh sahaja jika ditiadakan? Contoh: ... berdasarkan pernyataan yang berikut ATAU ... berdasarkan pernyataan berikut? Terima kasih. Salmah Ibrahim1. ... ialah maksimum ... 
2. ... ialah minimum ...
3. ... ialah positif ...
4. ... ialah negatif ...
5. Tidak perlu kata hubung 'yang', berdasarkan pernyataan berikut ...
Tatabahasa01.02.2012
200 kata-kata positif seperti bagus,kamu memang hebatSila rujuk buku Tesaurus  atau Kamus Sinonim (terbitan DBP) untuk mendapatkan kata masukan yang berunsur positif.Lain-lain13.03.2008
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)?Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau.Lain-lain22.08.2007
Adakah perkataan "pengabdian" hanya digunakan dalam konteks positif, contohnya pengabdian kepada negara, pengabdian kepada Tuhan? Bolehkah saya gunakan perkataan ini dalam konteks seperti pengabdian rakyat di bawah raja yang zalim, pengabdian kepada kuasa autokrasi?Pengabdian boleh digunakan untuk konteks positif dan negatif. Seseorang boleh juga mengabdikan dirinya kepada raja yang zalim.Istilah05.09.2016
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih

Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;

Makna05.04.2009
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal.Istilah05.05.2015
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay SevenUntuk makluman, makna “menyumbang”  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif.Makna22.12.2016
12345

Kembali ke atas