Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw bersatu hati, rukun; meragamkan mengeratkan persaudaraan (per­sahabatan dll), merukunkan; keragaman kedamaian, kerukunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan ragam bahasa. contoh- contoh ragam bahasa. serta kepentingan ragam bahasa

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna23.02.2010
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa?

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna24.02.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ragam ayat bagi dua ayat berikut? (i) Kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman. (ii) Kebanyakan pelancong gemar mengunjungi Pulau Tioman. Terima kasih. Ayat yang betul ialah "kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman".
Tatabahasa12.04.2015
apakah perbezaan antara ayat tunggal dan ayat aktif?

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian yang diterangkan dan predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat “Ali berjalan kaki”, “Ali” ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala “berjalan kaki” pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Selain itu, salah satu daripada ragam ayat tunggal dalam bahasa Melayu ialah ayat aktif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti berikut:

i. Ali menendang bola. (aktif transitif)

iiDia mengelamun sepanjang hari. (aktif tak transitif)

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463 hingga 488.

Tatabahasa10.12.2023

Kembali ke atas