1) Murid di sekolah itu rajin-rajin belaka. 2) Kehidupan Encik Chong amat sederhana. 3) Para pekerja di Mesra Rasa Restoran rajin belaka. 4) Barang keperluan harian yang dijual di kedai itu agak mahal sekali. Pilih ayat-ayat yang betul. | Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan keempat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Salam sejahtera. Mohon pencerahan. Ayat 1: Ali rajin membaca buku. Ayat 2: Ali membaca buku dengan rajin. Ayat 1 BETUL dan Ayat 2 SALAH. Kenapa Ayat 2 SALAH? terima kasih. | Daripada contoh ayat kedua, iaitu "Ali membaca buku dengan rajin" ayat tersebut merupakan ayat majmuk keterangan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga kata sendi nama "dengan" merupakan kata sendi yang membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 280. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Salam Sejahtera, 1. Rajin agak anak Pak Wahab mengemas bilik. 2. Minah ialah murid yang paling pandai sekali di dalam kelas. 3. Saiful teramat suka makan nasi dengan lauk asam pedas. 4. Disiplin SJK C Pei Hwa sungguh baik sekali. Ayat yang manakah betul dan tepat. Terima kasih. | Waalaikumusalam. Ayat yang betul dan tepat ialah ayat nombor 3 dan 4 | Lain-lain | 19.07.2016 |
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasih | Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 30.09.2009 |
tolong semak ayat ini. betul ke tidak. boleh diterima atau tidak. 1) Nenek Ali rajin berkemas rumah. 2) Nenek rajin berkemas rumah. 1) Nenek Ali menyayangi cucunya. 2) Nenek Ali menyanyanyi cucu. 3) Nenek sangat menyayangi cucu. 4) Nenek sangat menyayangi cucunya. 1) Nenek saya memasak bubur untuk untuk saya. | Ayat Nenek Ali rajin berkemas rumah, Nenek rajin berkemas rumah, Nenek Ali menyayangi cucunya dan Nenek sangat menyayangi cucunya adalah ayat gramatis. | Tatabahasa | 24.05.2012 |
Kedua-dua ayat di bawah dibina oleh anak saya: 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek. Guru sekolah telah menanda salah untuk kedua-dua ayat itu dan beri pembetulan seperti yang berikut. 1) Ali rajin membuat kerja rumah. 2) Saya akan mendengar nasihat nenek. Saya rasa ayat yang dibina oleh anak saya juga betul. Adakah ayat yang dibina oleh anak saya salah? Apakah kesalahan ayat-ayat itu? | 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. - Ayat tersebut tidak tepat. Hal ini disebabkan dengan merupakan kata sendi nama. Perkataan dengan perlu diikuti dengan kata nama atau frasa nama. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan dengan diikuti dengan perkataan rajin. Rajin merupakan kata adjektif. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek/ Saya akan mendengar nasihat nenek. - Jika mengikut makna dalam Kamus Dewan, ayat yang dibuat oleh anak puan tidak terdapat kesalahan, begitu juga dengan ayat yang diberikan oleh guru anak puan. Akan tetapi, kemungkinan para guru mempunyai skema jawapan tersendiri dalam penandaan soalan. | Tatabahasa | 08.10.2015 |
Selamat petang, boleh tanya perkataan rajin dan berusaha boleh ditulis sebagai "rajin berusaha' atau perlu pisahkannya menjadi "rajin dan berusaha". Adakah maksud rajin berusaha membawa maksud berusaha dengan bersungguh-sungguh ? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, rajin membawa dua makna (1) bersungguh-sungguh, tekun dan (2) kerap kali, selalu, manakala berusaha pula bermaksud beriktiar dengan sedaya upaya upaya. Oleh sebab itu, frasa (i) rajin dan berusaha membawa ‘bersungguh-sungguh dan beriktiar dengan sedaya upaya’, manakala frasa (ii) rajin berusaha pula bermaksud ‘selalu/ kerap kali beriktiar dengan sedaya upaya’. 1"> | | Tatabahasa | 21.03.2017 |
1)Ai Ling belajar dengan rajin. 2)Ai Ling rajin belajar. 3)Pekerja memetik daun teh dengan rajin. Adakah ayat-ayat ini betul? | Ayat-ayat tersebut betul, cuma kurang cantik. Antara ayat 1 dangan ayat 2, ayat 2 lebih gramatis, tetapi ini tidak bermakna ayat 1 salah. | Lain-lain | 21.08.2014 |
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Tatabahasa | 16.07.2014 |
Yang mana satu ayat yang betul? 1. Ah Meng ialah seorang murid yang rajin. 2. Ah Meng adalah seorang murid yang rajin. | Ah Meng ialah seorang murid yang rajin. | Tatabahasa | 06.04.2013 |