BR1M (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA).KENAPA DALAM TV MENYEBUT BRIM,1 TU MENJADI HURUF I.KENAPA TIDAK ADA PEMBETULAN? | Bantuan Rakyat 1 Malaysia diringkaskan ejaannya dan disebut sebagai BR1M untuk mengkomersialkan program tersebut ke seluruh negara. Hal ini lebih kepada laras iklan, iaitu pemberitahuan kepada rakyat Malaysia tentang program kerajaan. Iklan yang berkesan lazimnya ringkas, mudah dan tepat. BR1M pada pendapat kami berkesan mempromosikan porgram tersebut dan apabila dieja penuh, ia tetap dieja dengan ejaan yang betul. | Ejaan | 18.09.2012 |
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih. | 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat | Saudara, Cerita Rakyat merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat sangat popular di kalangan masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya. Cerita rakyat diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang. Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll. Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. Antara fungsi cerita rakyat ialah: 1. sebagai alat hiburan, 2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat, 3. wadah ekspresi seni masyarakat menggunakan kata-kata yang indah, 4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden. Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993. sekian, terima kasih. | Sastera | 11.02.2011 |
1.Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.Soalan :Adakah dalam ayat tersebut mengandung unsur keterangan? 2.Apakah erti 'isofogos'? TQVM DBP | 1. Ayat tersebut ialah ayat penyata, menyatakan tentang kemerdekaan bukan menerangkan tentang peristiwa kemerdekaan. 2. Isofogos tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
Assalamualaikum. Penggunaan % dalam penulisan: Mana satu yang betul? 1. Hanya 5% sahaja rakyat kita yang membaca 2. Hanya 5 peratus sahaja rakyat kita yang membaca 3. Hanya 5% peratus sahaja rakyat Malaysia yang membaca 4. Hanya 5% (peratus) sahaja rakyat Malaysia yang membaca Terima kasih. | Dalam teks tersebut, simbol dan angka hendaklah dieja. | Tatabahasa | 17.07.2010 |
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih. | Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 13.02.2011 |
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara. | Lain-lain | 09.11.2010 |
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi. | Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah: 1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ? | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | | Tatabahasa | 20.08.2013 |
1. Mereka mendapat bantuan senjata dari/daripada Republik Rakyat China. | Mereka mendapat bantuan senjata daripada Republik Rakyat China. | Tatabahasa | 03.04.2012 |