Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad | Contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; - menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka. - Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya. Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai. Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi. walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya. Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya. | Sastera | 21.03.2012 |
Berikan huraian sudut pandangan personaliti waja diri yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. | Saudara yang bertanya, Mohon maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk tugasan dan esei.
| Sastera | 14.03.2012 |
pemikiran dalam novel shahnon ahmad | Pemikiran yang dibawa oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, antaranya: 1. Politik - Perdana, Patriach, Tunggul-tunggul Gerigis. 2. Sosial (kemiskinan) - Ranjau Sepanjang Jalan. 3. Kasih sayang anak kepada ibu (orang tua) - Ibu Adalah Sebagai Pentafsir. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 25.07.2009 |
Apaka perbezaan antara parit dan longkang? | Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.03.2010 |
salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan | Perkataan yang dicadangkan boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus 4. Mengorak 5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang) 6. Menyemai 7. Citra (imej) | Istilah | 22.04.2011 |
bolehkah pihak DBP menerangkan kepada saya mengenai dialek khususnya dialek Kelantan dan pengaruhnya dalam aspek penulisan. | Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Mengenai pengaruhnya dalam aspek penulisan, ini bergantung pada seseorang penulis itu. Misalnya Shahnon Ahmad lebih menggunakan dialek daerah Kedah dalam novelnya yg terkenal seperti Seluang Menodak Baung, Srengengge, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya. Jarang-jarang terdapat penulis yg menggunakan dialek daerah dalam penulisan mereka. T.kasih. | Lain-lain | 26.08.2008 |
apakah fungsi sastera moden? | Antara fungsi sastera moden ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang. - Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang. - Novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan). 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |