Ayat mana yang betul?Kata Penguat dengan Kata Ganda diguna bersama. 1) riuh-rendah 2) sangat riuh-rendah 3) sangat riuh-rendah sekali TQ | Ketiga-tiga ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih. | Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi". | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasih | Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Tuan, Saya ingin mendapatkan nasihat tuan tentang penggunaan frasa yang betul bagi ayat berikut: 1. Suasana di dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 2. Suasana dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 3. Suasana di bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. Terima kasih, tuan. | Ayat yang gramatis ialah "Suasana di dalam bilik darjah itu riuh-rendah." | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Riuh seperti pasar, besar seperti gajah telah digunakan dalam Buku Teks Tahun 2 SJKC. Ingin saya tahu maksud dengan lebih lanjut kegunaannya. Suasana Majlis perkahwinan riuh seperti pasar, udang galah yang dihidangkan itu besar seperti gajah tepat atau tidak kegunaannya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat bagi perumpamaan riuh seperti pasar betul penggunaannya di dalam ayat. Tetapi, penggunaan perumpamaan besar seperti gajah kurang sesuai di dalam ayat kerana udang galah tidak akan kelihatan sebesar gajah. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
Apakah perbezaan riuh dan bingit ? terima kasih. | Riuh bermaksud bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain), manakala bingit bermaksud tidak sedap, kurang senang (didengar). | Makna | 18.11.2008 |
bolehkah puan menjelaskan perbezaan makna antara perkataan " hingar-bingar" dengan " riuh-rendah"? terima kasih. | Salam sejatera, Menurut Kamus Dewan hingar-bingar sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Contoh penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti 'Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah).' | Tatabahasa | 02.12.2012 |
1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah) dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pengunjung. Jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah hingar-bingar. Bukankah kedua-duanya sama makna? Atau hingar-bingar lebih baik? Sila bantu. 2. Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat RENCAM kerana dicampurkan pelbagai macam bahan. Penggunaan RENCAM dalam ayat ialah KATA ADJEKTIF. Betul? Menurut Kamus Dewan: makanan yg RENCAM: makanan yg terdiri drpd pel | 1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah). kedua-duanya betul, merujuk Kamus Dewan hingar-bingar sama maksud dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. 2. Ayat "Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat rencam" kurang tepat. Isunya di sini bukanlah golongan kata dalam ayat tersebut. Kata adjektif atau frasa adjektif boleh menjadi predikat atau penerang dalam ayat. Isu yang lebih ketara ialah makna kata yang menerangkan sesuatu tentang subjek dalam ayat tersebut. Lazimnya apabila kita menerangkan tentang sesuatu masakan itu ialah sifatnya sama ada sedap, pedas, manis dan sebagainya. Rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai dan penggunaan rencam kurang tepat dalam ayat ini. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Apakah maksud " gegak-gempita " ? | Gegak gempita bermaksud riuh-rendah. | Makna | 21.11.2009 |
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut: Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong. | Lain-lain | 19.05.2012 |