apa erti rongga? | Maknanya ialah lubang, ruang | Makna | 29.12.2009 |
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. menyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pelekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubungkan menggunakan sesuatu sbg selubung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. | Lain-lain | 15.05.2010 |
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI | Saudara, Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. | Makna | 14.01.2010 |