Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rongga (kata nama)
Bersinonim dengan liang, lubang, ruang, gerong;,
Kata Terbitan : berongga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul? 1. Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka pada tubuh kucing / Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka di tubuh kucing. 2.Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh di tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit / Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit. Mohon jelaskan perbezaan penggunaan di/pada kerana pada juga boleh digunakan untuk tempat. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “Jangan biarkan syampu memasuki rongga terbuka pada tubuh kucing.”

Jawapan yang betul ialah “Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit.”

Perbezaan “di” atau “pada” bergantung pada konteks penggunaan ayat. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya, Ibunya bekerja di sekolah itu.

Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya, Raja Iskandar memerintah pada zaman itu.

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut, (i) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa, (ii) kata sendi nama "pada' apabila didahului ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan, dan (iii) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

Kata sendi nama "pada" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran,

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-274.

Tatabahasa25.03.2026

Kembali ke atas