Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jadi jika kata membaik pulih bermaksud memulihkan keadaan sesuatu alat, tuan tolong perhatikan ayat saya di bawah ini dan tentukan yang manakah betul. Minta tuan berikan penerangan. 1. Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak. 2. Bapa telah pulih membaik keretanya yang rosak. 3. Bapa telah membaik keretanya pulih yang rosak.Ayat yang betul ialah "Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak." Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, membaik pulih bermaksud membaiki serta memulihkan sesuatu (jentera, pesawat, dll) sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna: perkhidmatan ~ kapal;.Tatabahasa28.05.2014
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat.1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu)

2.  ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. 
Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan.
Tatabahasa31.10.2017
adakah penggunaan perkataan 'rosak' betul dalam ayat ini? Suara abang menjadi rosak.

Sila berikan maksud yang tuan ingin sampaikan, kami cadangkan frasa peti suara bukannya suara.1">

 
Makna11.02.2015
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum.
2. Mentol itu sudah rosak.
3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak.
Tatabahasa29.08.2012
1.Apakah perbezaan diantara puluhan dan berpuluh-puluh Contohnya (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir 2. Apakah kata ganti nama yang sesuai? "______ ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi _____ ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah.1. (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir. Kedua-duanya boleh digunakan. Yang lebih tepat ialah Berpuluh-puluh.

2. Tuan Hamba ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah

3. "Tiga hari lagi hamba ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah.
Tatabahasa25.03.2013
Selamat sejahtera, Apakah kata sendi nama yang lebih sesuai dalam ayat-ayat di bawah? 1. Setelah 10 tahun aku berkhidmat (kepada/dengan) tuan aku, badanku mulai rosak. 2. Aku bersyukur kerana dapat berkhidmat (kepada/dengan) tuan aku selama ini. Sekian, terima kasih.1. Setelah 10 tahun aku berkhidmat kepada tuan aku, badanku mulai rosak.
2. Aku bersyukur kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku selama ini.
Tatabahasa03.07.2015
1.Jelaskan maksud antara menyakiti dan menyakitkan 2.Dia menyakiti/menyakitkan hati saya kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa04.01.2018
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ?1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.

(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. 1">

Tatabahasa21.07.2018
12345

Kembali ke atas