| Apakah terjemahan yang betul untuk 'anywhere'? Adakah 'di mana sahaja' salah? Adakah 'di mana-mana sahaja' sahaja yang boleh digunakan? | Di mana-mana sahaja. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
| Adakah ayat tersebut memenuhi aspek penggunaan bahasa jika berlaku kesalahan penggunaan perkataan yang berulang? contohnya seperti sahaja sahaja | Untuk makluman pihak puan, DBP boleh membantu menyemak dokumen yang disertakan dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen puan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.02.2021 |
| Yang manakah yg betul : Bukan itu sahaja atau bukan sahaja itu Terima kasih | Frasa yang baku ialah ...bukan itu sahaja, iaitu kata nafi (bukan)+kata ganti nama tunjuk(itu)+kata tugas (sahaja). | Tatabahasa | 30.01.2015 |
| Dadah _____ menyebabkan ketagihan _____ juga turut membawa maut. Ayat tersebut perlu guna bukan sahaja...malahan ataupan bukan sahaja--- tetapi | Perkataan yang betul ialah bukan sahaja dan malahan. Contoh dalam ayat, Dadah bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malahan juga turut membawa maut. | Tatabahasa | 23.10.2021 |
| Adakah menggunakan perkataan 'sahaja' dan 'hanya' dalam satu ayat dianggap lewah? Contohnya, "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." Terima kasih. | Penggunaan 'sahaja' dan 'hanya' dalam ayat "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." pada pandangan saya tidak lewah tetapi sebagai penegasan. | Tatabahasa | 23.10.2018 |
| siapakah boleh menulis sesuatu teks? adakah orang2 tertentu sahaja? atau sesiapa sahaja yang tahu menulis boleh menulis? dan apa itu maksud "penerbitan"? adakah menulis di blog atau facebook status dikira sebagai penerbitan? bagaimana pula dengan teks2 kod komputer? terima kasih | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 12.08.2025 |
| 1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja. Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja 2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak. 2. Perkataan lain-lain Cth: Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat. Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain Terima kasih atas bantuan. | 1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos” atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos” juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan. 2. Frasa yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen sokongan lain …”. | Tatabahasa | 08.08.2025 |
| ....membeli barang yang benar-benar perlu sahaja atau ....membeli barang yang perlu benar-benar sahaja. | Frasa yang betul ialah "membeli barang yang benar-benar perlu sahaja". | Tatabahasa | 20.09.2013 |
| Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahaja | Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut: (a) Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Atau (b) Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. | Tatabahasa | 08.03.2018 |
| Bolehkah perkataan HANYA dan SAHAJA berada dalam satu ayat. Sebagai contoh : Bagaimanapun, bayaran pendahuluan ini HANYA dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan SAHAJA dan tidak terpakai kepada kontraktor pusat, kontrak yang dibuat secara berpusat oleh mana-mana agensi Kerajaan dan perkhidmatan perunding. Pada pandangan Ketua Pejabat saya, ia tidak boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Pandangan Ketua pejabat tuan adalah betul. Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. | Tatabahasa | 27.02.2014 |