Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح

Definisi : pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~; mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan; kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka; ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih; pensahihan perihal mensahihkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح

Definisi : tidak salah lagi; benar; sah. men­sahihkan mengakui sahih. ke­sahihan hal atau keadaan sahih: Tiada sesiapa pun yg dpt menidakkan ~ hadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahih (adjektif)
Bersinonim dengan pasti, benar, sah, diakui, sungguh, tahkik, memang, betul, diterima, terang, nyata, sabit, sudah tetap, terang, tentu, muktamad, asi, isbat, pentan, sidi, absah, sengoti, si, sih, jola;,
Kata Terbitan : kesahihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis hadis sahih bukhari. Perlu huruf besar dan dicondongkan kah?Ejaan yang betul ialah hadis sahih Bukhari dan tidak perlu diitalikkan.Ejaan23.11.2012
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
Tatabahasa30.04.2013
Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat.
Makna30.04.2013
Apakah maksud KESASIHANDalam bahasa Melayu, tidak ada istilah kesasihan. Mungkin pihak tuan maksudkan ialah perkataan sahih ataupun kesahihan yang bermaksud perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka.Istilah19.08.2009
Buku Tatabahasa mana yang dianggap sahih iaitu: (a) Nahu Melayu Mutahir Ed Kelima oleh Asmah Hj Omar; atau (b) Tatabahasa Dewan Ed Ketiga oleh Nik Safiah Karim dll? Kedua-dua mempamerkan pandangan dan panduan yang amat bertentangan dan menimbulkan kekeliruan. Ini tidak sepatutnya berlaku. Mohon pencerahan. Terima kasih.Buku tatabahasa yang sahih ialah  Tatabahasa Dewan.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain09.08.2016
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih">sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
Terima kasih atas jawapan yang diberi. apakah sumber rujukan sahih untuk jawapan yang berkenaan ( sebagai bukti kepada pelajar).. saya ni cikgu BM.Buku rujukan bagi tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa  Dewan Edisis Ketiga dan Kamus Dewan Edisis Keempat.Lain-lain03.03.2008
Adakah perkataan 'sangat-sangat' boleh digunakan dalam penulisan rasmi dan dikira sahih dalam tatabahasa bahasa Melayu? Tidakkah ia bersifat melewah apabila digunakan?Perkataan "sangat-sangat" membawa  maksud berkehendak akan sesuatu atau sangat mengingini.Tatabahasa02.08.2010
Ketepatan suku kata bagi kata "cium". Jika perkataan "mengecium" dilihat dari aspek tatabahasa sahih penggunaannya, mengapa tidak dimuatkan dalam kamus terbaharu?Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata terbitan yang betula ialah mencium sama seperti kata mencuit dan menciut. Hal ini betul kerana kata cium apabila dipenggalkan menjadi ci.um (2 suku kata) tetapi disebut (cium).Tatabahasa08.07.2011
Muhammad Z Nurdin THURS 21:47 Salam DBP, saya ingin memohon pencerahan tentang perkara di bawah. Mohon penjelasan yang sahih dari pihak tuan. Sekian terima kasih. William Mark Joseph Raj: *Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari* _Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi._ 1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI* Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_ Keterangan : Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak? Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain. 2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA* Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_ Keterangan : Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok. Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkKamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Untuk bacaan tambahan, lihat http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/rahman-shaari/pagar-dan-pegar-yang-makan-padi-1.342076.Lain-lain30.03.2017
12345

Kembali ke atas