Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Tinggi disusupi,
     rendah dilangkahi.

Bermaksud :

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah perkataan "justeru" tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana dalam penulisan karangan? Tolong jelaskan cara penggunaan perkataan tersebut ( dengan beberapa contoh ) supaya kami tidak mengulangi kesilapan penggunaannya pada masa akan datang.Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat,kena benar. 2. malahan,bahkan.Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah,adil,jujur dan saksama. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penanda wacana.Tatabahasa01.08.2008
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku.

Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. 

Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat.

Tatabahasa10.04.2010

Kembali ke atas