Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu di­bawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : Mn; menyarung mencelah (per-kataan orang), menyampuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rung] | ساروڠ

Definisi : 1 = kain ~ kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). 2 salut yg dibuat drpd kulit (kayu dll) tempat menyimpan keris dll: ~ keris; ~ pedang. 3 sesuatu yg digunakan utk menyalut atau utk menyampul sesuatu yg lain: ~ bantal; ~ surat. bersarung 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. menyarungkan 1 memasukkan se­suatu ke dlm sarung: ~ pedang. 2 mengenakan atau memasuk­kan pa­kaian dsb ke badan: ~ cincin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Izinkan saya bertanya, apakah kegunaan yang betul untuk perkataan kain sarung atau kain sarong? Adakah saya patut guna kain sarung atau kain sarong dalam ayat yang penuh? Bolehkah tuan/puan memberi tunjuk ajar untuk penggunaan yang lebih mendalam untuk kain sarung atau kain sarong? Terima kasih atas nasihat tuan/puan.Ejaan yang betul ialah kain sarungEjaan20.05.2021
Apa terjemahan untuk "phone case"? Sarung telefon?

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi “phone case” ialah “sarung telefon”. Walau bagaimanapun, penggunaan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaan dalam ayat dan bidang yang dimaksudkan.

Makna18.10.2024
Salam sejahtera Tuan, izinkan saya bertanya, adakah penggunaan kain "sarung" betul ataupun kain "sarong"? Yang manakah perkataan yang betul?Perkataan yang betul ialah "kain sarung".Makna29.06.2022
Apakah terjemahan untuk 'plastic sleeve'? Contoh kegunaannya: Kertas diletakkan di dlm plastic sleeve utk melindunginya daripada terkena air dsb.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah plastic sleeve. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sleeve ialah sarung. Cadangan kami ialah sarung plastik jika bersesuaian dengan konsep produk tersebut.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2015
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari.Kedua-dua ayat tersebut betul.
1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni.
2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari.
Tatabahasa04.06.2018
Saya memastikan pergunaan bahasa yang betul pada ayat dibawah Sarung tangan lateks getah asli • Panjang tambahan 250 mm/9.8" Warna semula jadi • Ambidekstrus • Permukaan licin Bebas serbuk • Bebas tiazol dan tiuram • Perlindungan uniSHIELD™ Untuk kegunaan makmal, industri dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan terhadap bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks getah asli, boleh menyebabkan tindak balas alahan. ayat asal dalam bahasa English. untuk memastikan pengguaan ayat yang betul. Diharapkan pihak tuan puan dapat mengesahkan ayat diatas betul penggunaanya Ayat asal: Natural Rubber Latex Gloves • Extra Long 250 mm/9.8" de Natural Color • Ambidextrous • Smooth Finish Powder-free • Thiazoles/Thiurams-free • uniSHIELD™ Protection For laboratory, industrial and medical examination use. Protection against chemicals, micro-organisms and viruses. Contains natural rubber latex, may cause allergic reaction
Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
i. Sarung Tangan Lateks atau Sarung Tangan Getah Asli
ii. Lebih Panjang 250 mm/9.8 inci dan Warna Semula Jadi
iii. Ambidekstrus
iv. Kemasan Licin
v.  Tanpa Tiuram/Tiazola
vi. Perlindungan uniSHIELD™ untuk kegunaan makmal, perindustrian dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan daripada bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks, boleh menyebabkan tindak balas alahan. Jika ini ayat iklan, sila pisahkan perkataan cap dagang ™ dengan ayat lain.
Makna14.07.2026
As Salam / Salam sejahtera Soalan : Kayu ______________ itu sangat sesuai dibuat sarung parang. A. jati B. kemuning C. merbau D. teja Terima kasih atas kerjasamaTiada maklumat berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun dalam carian maklumat melalui internet di bawah tajuk "Guru parang dan pisau pada hujung minggu"(BH Online) ada menyatakan Kayu Kemuning sesuai untuk dibuat sarung parang.Lain-lain30.05.2018
Salam, yang manakah frasa yang betul di bawah ini: 1) anyam ketupat 2) anyam kelongsong ketupat Jika difikirkan logik, kita menganyam sarung (kelongsong) ketupat, kemudian barulah dibubuh isi di dalamnya. Tetapi anyam ketupat lebih kerap digunakan dalam masyarakat. Jadi, yang manakah betul? Terima kasih.Frasa menganyam ketupat yang menunjukkan perbuatan menyediakan sarung atau kelongsong ketupat boleh digunakan dan sudah gramatis.Tatabahasa19.03.2013
1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih.Kesemua contoh ayat adalah betul.  Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan.Tatabahasa16.02.2017
Salam. Apakah terjemahan untuk "Signature Box" bagi menjelaskan sarung telefon pintar jenama Coach itu akan diletakkan di dalam "Signature Box". Terima kasihUntuk makluman, istilah "signature box" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah17.04.2013
123

Kembali ke atas