Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lut] | سالوت

Definisi : pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong; ~ bunga kecubung yg terdapat pd bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga); ~ surat sampul surat; bersalut 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; menyalut membalut, membungkus, menyam-pul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak; menyaluti menjadi sbg salut pd, membaluti: tepung ubi ~ kesemua kepingan keladi; salutan sesuatu yg digunakan utk menyalut; penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lut] | سالوت

Definisi : IB memberi hormat (dgn mengangkat tabik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lut] | سالوت

Definisi : 1 benda yg membaluti atau yg melapisi sesuatu; pembalut: ~ surat sampul surat. 2 benda yg digunakan utk melapis sesuatu (khususnya logam): ~ gigi emas dll yg melapisi gigi. ~ bunga daun yg melindungi bahagian luar bunga. bersalut ada salutnya; memakai salut; berbalut: Buah cempedak yg ~ tidak mudah di­serang ulat. bersalutkan mempunyai sesuatu sbg salut (bkn logam dll): Plat timah pd asasnya ialah plat keluli lembut yg ~ timah. menyalut memberi bersalut; membalut; membungkus: Dia ~ barang-barang tembaganya dgn kain. ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. menyaluti menjadi sbg salut pd: Kain ~ barang-barang tembaganya. menyalutkan menjadikan sbg salut; melapiskan. salutan sesuatu (spt la­pisan logam dll) yg digunakan utk menyalut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,