1)sedia ada 2)semula jadi | 1)sedia ada 2)semula jadi | Ejaan | 29.11.2011 |
Salam hormat, Mohon pengesahan bagi perkataan 1) PENDOKUMENTASIAN dan 2) SEDIADA/SEDIA ADA? Terima kasih. | Pendokumentasian ialah usaha (kegiatan, proses, dsb) atau mendokumentasikan sesuatu. Ejaan yang betul ialah sedia ada. Terima kasih. | Lain-lain | 23.10.2008 |
Bolehkah kata sendi "untuk" digunakan pada awal ayat. Sebagai contoh "Untuk memberikan pelanggan servis yang baik, kami mengemaskini system sedia ada". Sekian, terima kasih | Kata sendi nama "untuk" hadir pada pangkal ayat dalam ayat songsang. Ayat biasa, Kami mengemas kini sistem yang sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Ayat songsang, Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami mengemas kini sistem yang sedia ada. | Tatabahasa | 01.08.2016 |
Bagaimana sesuatu perkataan dan definisinya dipilih untuk disenaraikan dalam Kamus Dewan? Sekiranya terdapat kesalahan definisi atau sesuatu perkataan tidak lagi digunakan oleh pakar dalam sesuatu bidang, apakah cara untuk menambahbaik defini perkataan yang sedia ada? | Sekiranya Saudara ingin menambah baik definisi perkataan sedia ada dalam Kamus Dewan, Saudara boleh melayari laman Gerbang Kata DBP (ekamus.dbp.gov.my). Gerbang Kata DBP ialah portal yang menyediakan kemudahan kepada pelaayar internet untuk memberikan maklum balas serta masukan tambahan kepada Kamus Dewan. | Lain-lain | 08.09.2015 |
ejaan betul sediada | Ejaan yang betul ialah sedia ada. | Ejaan | 22.04.2015 |
Selamat Sejahtera, kami ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan papan tanda yang sedia ada untuk kilang baru kami? Kerana kami membeli sebuah kilang baru hanya bersebelah dengan bangunan lama. Oleh itu, kami akan menggunakan papan tanda yang sama untuk bangunan baru kami, hanya alamat akan berubah dari Plot 19-13 ke Plot 19-15. Papan tanda itu boleh rujuk kepada fail yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk menamakan bangunan, perdu diletakkan keterangan di bahagian atas sekali, seperti "KILANG SABUN". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 01.08.2016 |
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian. | Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian | Lain-lain | 10.01.2018 |
Merujuk kepada pertanyaan tentang kata tanya "di mana" yang membawa maksud "which" dan "where", ayat seumpama adalah seperti berikut. Beliau membaut satu andaian di mana keadaan dua Korea adalah lebih baik berbanding dengan keadaan yang sedia ada sekiranya penyatuan semula berlaku pada masa ini. Adakah penggunaan "di mana" sesuai bagi atas di atas? Jika tidak sesuai, bolehkah cadangkan apakah frasa atau kata yang boleh digantikan? Sekian terima kasih. | Beliau membaut satu andaian, apabila keadaan dua Korea adalah lebih baik berbanding dengan keadaan yang sedia ada sekiranya penyatuan semula berlaku pada masa ini. - perkataan apabila menggantikan 'di mana' dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
macam mana nak kenal pasti kesalahan tatabahasa? | Pengguna bahasa perlu tahu hukum tatabahasa bahasa Melayu dan Pedoman Ejaan Rumi bahasa Melayu yang sedia ada.Kesalahan tatabahasa berlaku apabila pengguna bahasa meggunakan bahasa yang menyalahi hukum-hukum tatabahasa, iatu dari segi ejaan, morfologi(kata),sintaksis(ayat), gaya dan laras bahasa. Dari segi ejaan tidak mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi, Tatabahasa bahasa Melayu dan larasnya. | Tatabahasa | 11.05.2007 |
Sila semak pengertian Qada' dan Qadar pada mukasurat 1, buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Islam Tahun 4, jilid 2...terima kasih. | Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian. | Makna | 12.06.2010 |