. Di manakah kesilapan ayat ini? 1. Banyak rama-rama dipelihara di taman itu. 2. Sayur-mayur di dalam bakul itu segar-segar belaka. Terima kasih | Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kedua dibetulkan menjadi "Sayur-mayur di dalam bakul itu segar belaka". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
SETIAP HARI SEGAR ATAU SEGAR SETIAP HARI? | Ungkapan yang betul ialah "Segar setiap hari". | Tatabahasa | 07.01.2012 |
assalamualaikum& salam sejahtera... apakah maksud sebenar bagi ayat 'malar segar'. Adakah ia sesuai digunakan bagi penggunaan dibawah? penggunaan: 'saksikan persembahan artis terkenal dengan lagu-lagu malar segar...' | Wa'alaikum salam. Malar segar bermaksud terus menerus segar. Maknanya sesuatu itu sentiasa segar seperti dalam lagu-lagu keroncong, asli, ghazal dsbnya yang sedap didengar oleh telinga. Ayat tersebut sesuai bergantung pada konteks lagu apa yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.Apakah ia lagu seperti yang dinyatakan di atas atau sebagainya. Terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2006 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | 2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan, merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama. 3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini! 4. Betul. 5. Betul. 6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang. 8. Betul. 9. Betul. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu. 11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Adakah pengguna bahasa Melayu di Malaysia boleh menggunakan ungkapan “segar malar” sebagai sinonim “malar segar”, seperti “lebih kurang” dapat bertukar ganti dengan “kurang lebih”? | Istilah yang betul ialah malar segar, iaitu padanan untuk bahasa Inggeris "evergreen". Tidak ada istilah "segar malar' dalam pangkalan data kami. Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang". | Istilah | 02.05.2012 |
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. | 1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul. 2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka". 3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya. | Tatabahasa | 15.08.2013 |
'Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin.' 'Buah-buahan yang segar banyak mengandungi vitamin.' Ayat di atas, yang manakah betul? | Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin, Kata banyak dalam ayat ini ialah kata bilangan. | Tatabahasa | 13.01.2008 |
Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQ | Buang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |