Istilah melayu untuk kopi "cold brew" dan "cold drip"? | Salam sejahtera, Kami mencadangkan: (I) cold brew kepada bru sejuk (ii) cold drip kepada drip sejuk Tetapi terjemahan ini perlu disesuaikan juga dengan penggunaannya. Sekain, terima kasih.
| Penyemakan dan penterjemahan | 24.10.2017 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
i. Budak itu keras hendak pergi juga iiAiman bekerja keras untuk menyara keluarganya iii Murid mesti berpegang keras kepada peraturan iv.Pada musim sejuk, permukaan laut itu keras lalu membentuk lapisan air batu. Jawapan:.... | Sila kemukakan soalan kepada jawapan ini. Penggunaan perkataan "keras" dalam ayat ii, iii dan iv betul. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan. | Puan, Padanan istilah adalah seperti yang berikut: i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas | Istilah | 27.08.2010 |