Pemansuhan penggunaan bahasa baku dalam mata pelajaran lain selain bahasa Melayu dan sektor-sektor lain mengancam kedudukan bahasa Melayu pada masa akan datang. Huraikan implikasi yang akan timbul kepada masa hadapan bahasa Melayu. | Saudara Mohamad Farhan, Soalan begini memerlukan kajian dan rujukan. Oleh itu, saudara perlu membuat pembacaan, kajian dan rujukan tentang perkara ini di perpustakaan atau di pusat sumber di sekolah atau di tempat saudara. | Lain-lain | 30.04.2010 |
Apakah kesalahan untuk ayat ini? "Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan." | Kesalahan ayat ini ialah tidak dimasukkan kata hubungan pancangan relatif “ yang “ bagi menghubungkan ayat utama dengan ayat kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang tepat ialah "Abang belum mengambil keputusan yang tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan." Ayat utama ialah Abang belum mengambil keputusan; ayat kecil ialah “tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan”. | Tatabahasa | 30.07.2018 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
Saya hasanah Awae belajar melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna sektor | Sektor mempunyai beberapa maksud, antaranya termasuklah bidang dalam sesuatu kegiatan. Untuk mencari makna kata, sila gunakan kemudahan yang disediakan dalam laman web kami. | Lain-lain | 30.10.2015 |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
SAYA NAK TAHU TENTANG FORMAT TERKINI SURAT RASMI BAGI KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKTOR SWASTA KEPADA PENTADBIRAN SEKTOR KERAJAAN | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Apa yang penting surat-menyurat dengan jabatan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Lain-lain | 04.11.2012 |
Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses pindaan Akta Penyakit Berjangkit 1988. Pihak Jabatan Peguam Negara telah meminta penjelasan lanjut mengenai penggunaan kata nama bagi penyakit berjangkit sama ada "Kata Nama Khas" bagi penyakit perlu digunakan atau tidak. Mohon kerjasama dari pihak tuan/puan mengenai perkara ini. Bersama ini dilampirkan senarai penyakit untuk pengesahan tuan/puan. | Sila rujuk lampiran yang diberikan. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk semakan terjemahan dalam bahasa Melayu | Makna | 21.11.2016 |
Saya bertugas di Bahagian Pelajaran. Dlm menstruktur organisasi, Bhgn ini diketuai KPP. Cdgn utk menamakan dibwhnya ada 6 sektor dan bg setiap sektor ada beberapa unit. adakah bersesuaian? apa pandangan tuan dr segi istilahnya? apa beza Bahagian, Sektor dan Unit? T.kasih | Dalam organisasi kami, di bawahnya ada jabatan, dalam jabatan ada beberapa bahagian dan unit ialah struktur yang paling kecil. Dari segi makna sektor juga bermaksud bahagian. | Lain-lain | 18.07.2012 |
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan bahasa dalam sektor awam.adakah buku mengenai penggunaan bahasa dalam sektor awam diterbitkan?boleh senaraikan.terima kasih. | Bahasa Malaysia: pandangan pentadbir di sektor awam | A. M. S | Pelita Bahasa | 01/03/1989 | Terperinci Bahasa Melayu di sektor awam: penggunaannya bagaimana? | Nor Hashimah Jalaluddin | Dewan Bahasa | 01/08/2001 | Terperinci Kecemerlangan berbahasa Melayu di sektor awam | Abang Patdeli Abang Muhi | Pelita Bahasa | 01/12/1995 | Lain-lain | 24.03.2008 |
1. ERTI "BIMBINGAN" DALAM KAMUS DEWAN BAHASA? 2. "BIMBINGAN" DALAM SEKTOR PERGURUAN? | 1. Bimbingan ialah perbuatan membimbing, iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu. 2. Bagi makna bimbingan dalam sektor perguruan, saudara perlu merujuk sektor tersebut kerana ia mungkin mempunyai konsep yang tertentu. | Makna | 05.05.2009 |