Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sektor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bahagian: daerah, kawasan, zon, blok, cawangan,

2. Bersinonim dengan bidang: jurusan, pihak, kategori, peringkat, tingkatan, jenis, kelas, cabang.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan bahasa dalam sektor awam.adakah buku mengenai penggunaan bahasa dalam sektor awam diterbitkan?boleh senaraikan.terima kasih.

Bahasa Malaysia: pandangan pentadbir di sektor awam | A. M. S | Pelita Bahasa | 01/03/1989 | Terperinci

Bahasa Melayu di sektor awam: penggunaannya bagaimana? | Nor Hashimah Jalaluddin | Dewan Bahasa | 01/08/2001 | Terperinci

Kecemerlangan berbahasa Melayu di sektor awam | Abang Patdeli Abang Muhi | Pelita Bahasa | 01/12/1995

Lain-lain24.03.2008
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tkDalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai.Tatabahasa11.04.2012
Ejaan yang betul, sama ada 'Hab' atau 'Hub' untuk Hab Inovasi Sektor Awam dan Hab Pengumpulan Ikan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah hab.

Hab Inovasi Sektor Awam

Hab Pengumpulan Ikan.
Tatabahasa10.10.2012
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga.Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.Lain-lain11.05.2007
Salam Sejahtera, Adakah papan tanda bagi sektor awam disemak oleh pihak DBP? Sebagai contoh, Pusat Koreksional Jabatan Penjara yang menggunakan perkataan Koreksional yang saya rasa adalah Bahasa Inggeris yang diMelayukan.Waalaikumussalam,
Setiap papan tanda yang menggunakan bahasa Melayu perlu dirujuk di DBP untuk pengesahan bahasa Melayu yang betul dan baik manakala penamaan bagi sesuatu nama khas adalah ditentukan sendiri oleh organisasi kerajaan tersebut dan sekiranya organisasi tersebut merujuk terlebih dahulu kepada pihak DBP bagi sesuatu penamaan, pihak DBP akan memberikan cadangan penamaan yang baik dan betul. Hasil carian perkataan koreksional masih belum ada dalam pangkalan data kami.
Makna12.11.2018
Kenapa pihak berwibawa tidak membuat audit terhadap buku-buku terbitan Kementerian Kesihatan kerana pihak tersebut tidak menerbitkan buku-buku dalam versi bahasa Melayu (hanya versi bahasa Inggeris).Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya dalam sektor awam terus dimantapkan dari semasa ke semasa. Audit penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam sektor awam yang sedang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan antara langkah yang dilaksanakan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Teguran hasil daripada dapatan audit ini kepada pihak yang berkenaan merupakan agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa kebangsaan. Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain17.11.2014
Apakah perbezaan antara minit dan memorandum di sektor awam Malaysia?Dalam Kamus Dewan, minit bermaksud catatan tentang apa yang telah dibincangkan atau dipersetujui dalam mesyuarat. Memorandum ialah dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian; dan nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman. Dalam amalan pengurusan di jabatan kami, minit jelas maknanya dan boleh digunakan dalam urusan dalaman dan luar jabatan, tetapi memorandum hanya digunakan dalam peringkat dalaman.Makna25.03.2014
Format Surat Menamatkan Perkhidmatan PekerjaUntuk makluman semua surat rasmi sektor awam menggunakan format rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Yang berbeza hanyalah kandungan surat berkenaan. Oleh itu sila rujuk format surat rasmi.   Lain-lain24.06.2008
Mengapa DBP tidak memberi nasihat kepada Syarikat di Malaysia terutama yang berkaitan dengan GLC dalam penggunaan Bahasa Melayu didalam perkhidmatan di Malaysia. Contohnya TM dan MayBank yang menggunakan bahasa Inggeris dipapan iklan/kain rentang dan juga SMS kepada pengguna.Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awamsektor awam , sektor swasta  dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.  DBP menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan.  Selain itu, DBP juga menyediakan Khidmat Pengesahan Bahasa dan Khidmat Pantau Tegur Bahasa dalam membantu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara kita.Lain-lain11.10.2013
Apakah panduan berkaitan format surat rasmi yang boleh dirujuk? Adakah DBP mempunyai garis panduan berkaitan penulisan surat rasmi yang standard untuk sektor awam? Bahagian/Seksyen manakah yang boleh dirujuk sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan format surat rasmi? Sekian, terima kasih.

Saudara,

Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut.  

Lain-lain13.10.2010
123456

Kembali ke atas