Apakah kesalahan untuk ayat ini? "Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan." | Kesalahan ayat ini ialah tidak dimasukkan kata hubungan pancangan relatif “ yang “ bagi menghubungkan ayat utama dengan ayat kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang tepat ialah "Abang belum mengambil keputusan yang tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan." Ayat utama ialah Abang belum mengambil keputusan; ayat kecil ialah “tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan”. | Tatabahasa | 30.07.2018 |
Adakah penggunaan perkataan "diterajui" betul seperti ayat di bawah: Pembiayaan pembangunan kampus tersebut perlu diterajui oleh sektor swasta. Salam dan terima kasih. | Penggunaan perkataan diterajui dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan. | Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta. | Makna | 28.02.2007 |
SAYA NAK TAHU TENTANG FORMAT TERKINI SURAT RASMI BAGI KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKTOR SWASTA KEPADA PENTADBIRAN SEKTOR KERAJAAN | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Apa yang penting surat-menyurat dengan jabatan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Lain-lain | 04.11.2012 |
"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu".. Salam. Kenyataan di atas adalah Misi DBP dan Sektor Swasta di minta bersama-sama untuk menjayakannya. Saya cuma ingin bertanya, kenapa pihak swasta terutama bank dan takaful tidak menyediakan surat perjanjian dalam Bahasa Melayu. Apakah tindakan DBP? Sekian, terima kaih. | Selaras dengan misi kami, DBP sentiasa berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelbagai sektor di negara kita. Melalui kerjasama DBP dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pelbagai keputusan telah dicapai dan arahan dikeluarkan. BNM telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat insurans/takaful agar dokumen berkaitan pelanggan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada kami butiran bank berkenaan untuk kami buat pemantauan dan teguran yang sewajarnya. Butiran boleh di-e-mel kepada ayu@dbp.gov.my dan ana_mohdbess@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.12.2012 |
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetik | Disleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum. | Makna | 28.09.2007 |
Salam Sejahtera. Saya ingin membuat pertanyaan am. Adakah terdapat sebarang pengiktirafan kepada syarikat swasta yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama Laman web mereka. Saya berpendapat, pengiktirafan ini dapat menggalakan lagi penglibatan sektor swasta untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utam Laman Web mereka. | Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP. | Lain-lain | 21.01.2022 |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
apakah sumbangan yang dihulurkan oleh dbp untuk perkembangan BM sejak ditubuhkan? | Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah dsb. diterbitkan.Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.04.2009 |
Assalamualaikum, Saya ingin cuba menulis artikel berkaitan pelancongan dan sedang mencari kosa kata yang boleh membantu penulisan. Boleh berikan cadangan jika ada senarai kosakata yang boleh dijadikan rujukan? Terima kasih | Saudara boleh merujuk buku terbitan DBP iaitu DAFTAR UNGKAPAN PELANCONGAN DAN PERHOTELAN (SIRI PENERBITAN GERAKAN BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR SWASTA), TERBITAN TAHUN 1999. Walau bagaimanapun kemungkinan buku tersebut sudah tiada di pasaran dan puan boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala lUmpur. | Lain-lain | 26.06.2018 |