Tuan, Saya adalah Pegawai Kerajaan (Pegawai Tadbir N41) yang sedang berkhidmat dan ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir N41 di DBP seperti yang diiklankan baru-baru ini. Adakah saya PERLU melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi BERSAMA borang permohonan kerana jawatan saya adalah bertaraf SEMENTARA dan lantikan adalah selama 1 TAHUN bermula pada 03/04/2008 yang lalu?. Sekian, terima kasih. | Sdr tidak perlu melampirkan LNPT untuk permohonan jawatan ini. Walau bagaimanapun, sdr disaran supaya mengemukakan dokumen-dokumen lain yang dapat menyokong permohonan sdr. | Lain-lain | 10.07.2008 |
Tuan/Puan, Soalan seperti di bawah: (1) Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (2) Selama tiga jam kami membincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (3) Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (4) Selama tiga jam kami berbincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (5) Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat Item (1) adalah salah setahu saya kerana imbuhan kan "membincangkan" tidak beleh disertai dengan kata sendi nama tentang di belakang. Adakah item (2),(3),(4) atau (5) betul dari segi tatabahasa? Terima Kasih atas tunjuk ajar dari pihak DBP. | Ayat yang betul ialah Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat dan Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. Betul, membincangkan ialah kata kerja transitif aktif yang perlu diikuti objek selepasnya. | Tatabahasa | 10.12.2015 |
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046 | Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.06.2014 |
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari. | Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari. Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan. | Tatabahasa | 02.04.2014 |
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jam | Sila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"? | 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak. | Tatabahasa | 06.12.2014 |
Salam. Saya ingin bertanya tentang penggunaan betul nombor dalam ayat. 1) Contohnya, "Saya bersiap selama lima minit." atau "Saya bersiap selama 5 minit.". Yang manakah paling tepat? 2) "Dia beli lima buah buku." atau "Dia beli 5 buah buku."? 3) "Dia akan ambil awak pada pukul 7.00." atau "Dia akan ambil awak pada pukul 7:00."? 4) "20 ribu Yen" atau "20000 Yen"? 5) Saya juga agak keliru dengan nombor yang mempunyai banyak angka. Contohnya, perlukah saya meletakkan tanda baca koma (,) dalam nombor 8000 / 8,000, 80000 / 80,000 dan 800000 / 800,000. Atau mungkinkah selepas nombor puluh dan ratus, saya perlu jarakkan nombor? Contohnya 800 000 (tanpa perlu letakkan tanda koma). Saya harap soalan saya jelas dan saya juga amat mengharapkan jawapan tepat dari pihak tuan. Terima kasih. | (1) Saya bersiap selama lima minit. (2) Dia beli lima buah buku. (3) Dia akan ambil awak pada pukul 7.00. (4) 20,000 Yen (5) Sistem pernomboran antarabangsa meletakkan tanda koma selepas nilai ribu: 8,000, 80,000, 800,000 dan seterusnya. Bagi penulisan nombor dalam ayat, nombor satu hingga Sembilan dieja (lihat ayat 1 dan 2); manakala nombor 10 dan seterusnya ditulis angka seperti "Dia membeli 10 buah buku". | Tatabahasa | 07.12.2018 |
Selamat pagi. Aadakah penggunaan "ialah" betul dalam ayat-ayat di bawah? Terima kasih. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib. | Penggunaan kata pemeri “ialah” dalam contoh ayat tersebut betul. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut. 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib. | Tatabahasa | 12.04.2022 |
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Selamanya bermaksud: Untuk jangka masa yg lama dan berterusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda. Selama-lamanya bermaksud: 1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya. Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama. Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya. | Makna | 09.04.2014 |