m r dpur timur selera timur, selera kita | Pertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 24.01.2012 |
para tetamu dihidangi Puan Salmah dengan pelbagai juadah yang membuka selera. (dihidangi adakah salah digunakan dalam ayat ini?) | Ayat yang betul ialah Para tetamu dihidangi pelbagai juadah yang membuka selera oleh Puan Salmah. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Saya nak buat pengesahan bahasa untuk nama kedai 'Ala Ala Kampung Kita' | Kami cadangkan nama Selera Kampung atau nama lain yang menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu digunakan dalam penamaan kedai dan tempat awam. Nama Ala-ala Kampung Kita boleh diterima jika telah didaftarkan sedemikian. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
adakah struktur ayat betul? Rumah kelab penduduk eksklusif dengan rekaan bergaya dan mewah, bukan sahaja menawarkan suasana selera untuk bersenam malah satu ruang demi menjalinkan hubungan mesra antara jiran. | Ayat tersebut tidak lengkap dengan keterangan atau maksud yang ingin disampaikan. Misalnya keterangan berkenaan 'ruang' yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Contohnya 'ruang kecil atau ruang keluarga'. Cadangan kami untuk ayat tersebut ialah 'Rumah kelab penduduk jenis esklusif bukan sahaja mewah malah mempunyai ruang yang sesuai untuk bersenam dan juga ruang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan mesra antara jiran'. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah mengenai istilah PENGKID. Dari mana asalnya istilah PENGKID yang merujuk wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki dan mempunyai selera seks terhadap kaum sejenis (wanita). Sekian Terima Kasih. | Saudara Sharah, Dalam sumber rujukan kami, belum ada istilah pengkid yang dirakamkan secara rasmi. Perkataan ini juga mungkin bersifat kolokial/slanga. Saudara digalakkan membuat rujukan di mana-mana pusat sumber untuk mengetahui asal usul perkataan ini. | Lain-lain | 27.08.2009 |
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud. | 1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya 2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani 3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul 4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul | Tatabahasa | 02.08.2011 |
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. This is the opening hour signage for shopping mall.Can we have the short form for the time ? e.g.Pagi > PG, Malam>MLM Waktu operasi baru: 1. Pusat membeli-belah:10PG-8MLM 2. Medan selera eaterie: 9PG-6PTG 3. Tempat letak kereta: 7PG-11MLM Thank you !! | Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut: PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
makna kepuasan hati | Menurut Kamus Dewan maksud berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; Sdr juga boleh mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP. | Lain-lain | 04.03.2008 |
Salam hormat dan salam sejahtera. Sejak akhir ini saya dapati perkataan "BAHARU" telah digunapakai secara rasmi di dalam bentuk tulisan rasmi dan juga rencana di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Apakah perbezaannya dengan perkataan "BARU" dengan perkataan "BAHARU"?. 2. Kenapa setiap tahun bahasa melayu berubah dari masa ke semasa? sehingga tidak ada satu bahasa yang standard ( baku )?. 3. Adakah bahasa melayu mengikut selera penterjemahan, dengan itu wujudnya edisi ke edisi. Sekian, terima kasih. Ariff Badishah Arifin Shah Alam. | Kata "baharu" ialah kata adjektif manaka kata "baru" merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata "baharu" dalam bahasa Melayu dapat dipadankan dengan kata "new" dalam bahasa Inggeris. Manaka kata baru dapat dipadankan dengan kata "just" dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. | Lain-lain | 03.01.2011 |
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih. | Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara. | Lain-lain | 08.01.2009 |