Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mi] | سمي

Definisi : tunas, taruk; musim ~ musim bunga (selepas musim sejuk); bersemi bertunas: tanah penimba belum spt semula, kayu kemboja belum panjang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mi] | سمي

Definisi : tunas: musim ~ musim selepas mu­sim sejuk. bersemi bertunas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semi (kata nama)
Bersinonim dengan tunas, taruk, kecambah;,
Kata Terbitan : bersemi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon kepastian manakah yang paling tepat: semi ilmiah atau semi-ilmiah? Terima kasih.

Saudari,

Sebetulnya setiap perkataan selepas perkataan 'semi' ditulis rapat. Misalnya, semiilmiah. Namun tidak terdapat maksud dalam bentuk perkataan semiilmiah kerana sudah terdapat perkataan yang lebih gramatis iaitu separa ilmiah.

Tatabahasa13.08.2012
Menurut Kamus Dewan (2015:1439-1440), "semi" ialah awalan asing. Jika digabungkan dengan kata nama am, ditulis secara bercantum seperti "semifinal". Walau bagaimanapun, didapati "semi" + "profesional" dieja secara terpisah pula dengan tanpa sempang ( Kamus Dewan 2015:144). Adakah "Semi-profesional" tersebut dieja dengan betul? Harap dapat kepastian. Terima kasih.Tuan/Puan,

Untuk makluman, perkataan semi-professional/semi profesional tersebut merupakan ejaan lama dan tidak lagi digunakan. Pihak DBP akan mengemas kini maklumat tersebut.
Tatabahasa12.11.2017
penggunaan perkataan bagi 'masing-masing@respectively' Edisi Bahasa Melayu : Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktordan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan yang masing-masing mencatatkan negatif0.2%. Edisi Bahasa Inggeris : The main components that contributed to the decrease were Bursa Malaysia industrial Index, Real Imports Of Semi Conductors and Number of Housing Permits Approved which registered negative 0.2% respectively. Perkataan ini samada sesuai digunakan bagi tiga komponen yang mempunyai nilai yang sama seperti ayat diatas atau hanya sesuai digunakan bagi dua komponen sahaja.Perkataan 'masing-masing'boleh digunakan dalam konteks tersebut dan tidak dihadpukan untuk dua komponen sahaja.Tatabahasa20.06.2011
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah bahan "graphene" yang digunakan dalam industri semi konduktor?Tidak ada padanan graphene dalam sumber rujukan kami. Namun begitu, media telah menggunakan perkataan grafin, lihat https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/10/491933/produk-grafin-berpotensi-sumbang-rm20-bilion-menjelang-2020 untuk maklumat lanjut. Berdasarkan penyesuaian ejaan terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, ejaan grafin adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan07.12.2019
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.

Lain-lain15.11.2011

Kembali ke atas