maksud sempit | Maksud sempit ialah tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan). | Makna | 03.08.2010 |
adakah betul padanan jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut ? 1. vokal tengah = beranda 2. vokal belakang sempit = tulus 3. vokal depan separuh sempit = kole 4. vokal belakang separuh sempit = tolong | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, walau bagaimanpun kami cadangkan saudara rujuk buku yang berkaitan dengan fonetik seperti: Fonetik dan fonologi bahasa Melayu, | PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., | | 2008 |
Fonetik dan fonologi, | Gramedia Pustaka Utama, | | 1998 |
Pengenalan fonetik dan fonologi, | Dewan Bahasa dan Pustaka, | | 2006 |
| Tatabahasa | 26.08.2011 |
Sani tidak membeli pakaian itu kerans wangnya sempit..betul atau tidak penggunaan kata sempit? | Penggunaan yang frasa betul ialah "kesempitan wang". Sani tidak membeli pakaian itu kerana dia kesempitan wang. | Tatabahasa | 24.08.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih. | Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat. | Tatabahasa | 30.06.2008 |
Saya perlu membuat papan tanda untuk orang awam turun dari basikal dan menolaknya di kawasan sempit. adakah "Turun dan tolak basikal di laluan sempit" sesuai digunakan? | Kami mencadangkan frasa "TUNTUN BASIKAL ANDA DI KAKI LIMA" atau "TUNTUN BASIKAL ANDA DI LALUAN TEPI JALAN" digunakan. | Tatabahasa | 31.05.2016 |
Deretan kereta bergerak ______ kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. lambat seperti kura-kura. Adakah betul ayat di atas? Terima kasih. | Ayat ini betul: Deretan kereta bergerak lambat seperti kura-kura kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
Yang mana paling tepat: a) Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari / daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"? | Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit. | Tatabahasa | 03.09.2010 |
Keadaan Jalan itu menjadi semakin sempit apabila banyak kenderaan diletakkan ___________ Jalan. A. di tepi B. di hujung C. di tengah D. di bahu Jawapan yg sesuai di tepi atau di bahu | Jawapan yang sesuai ialah di bahu jalan. Namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan kerana ia mempunyai makna yang sama. | Lain-lain | 15.05.2019 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |