saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih. | Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN. | Lain-lain | 06.03.2017 |
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN? | Saudara Nor Aznim, Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |