| Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk : 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 Tahun 60-an | Lain-lain | 11.06.2015 |
| penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul? | Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat, | Lain-lain | 22.03.2011 |
| 1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu. | 1) 1) Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut: i. Kata ulang (contoh: anak-anak). ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris. iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g). iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia). v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25). vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar). Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September. 2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini. 3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang. 3) | Lain-lain | 06.05.2020 |
| Perlukah ada sengkang (-) di antara bergotong dan royong bagi perkataan bergotong royong ? bergotong royong atau bergotong-royong ? | Ejaan yang betul ialah bergotong-royong. | Ejaan | 27.08.2014 |
| Perlukah ada sengkang (-) di antara berjimat dan cermat bagi perkataan berjimat cermat ? berjimat cermat atau berjimat-cermat ? | Ejaannya ialah berjimat cermat. | Ejaan | 26.08.2014 |
| Apakah terjemahan "dash" dan "hyphen" ? Dalam bahasa Inggeris ada perbezaan antara kedua-duanya. | Terjemahan bagi dash dan hyphen ialah tanda sempang/sengkang. Dalam bahasa Melayu yang berbeza ialah (tanda) sempang/sengkang dan tanda pisah. Sengkang ialah tanda garis melintang yang lebih pendek daripada tanda pisah yang terdapat dalam kata ganda, untuk menghubungkan angka tahun dengan akhiran -an dsb, misalnya dalam perkataan usik-mengusik dan 1990-an; Kata sinonimnya ialah sempang; tanda sempang; tanda sengkang; Tanda pisah ialah tanda (–) yang panjangnya satu en yg digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea, aliran fikiran penulis dsb, atau menggantikan perkataan hingga. Contoh penggunaannya ialah: 1. Novel yang dibacanya itu meninggalkan pelbagai kesan pd dirinya – sedih, gembira, marah, kesal. 2. Jun – Oktober; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca. | Lain-lain | 10.09.2023 |
| Saya ingin bertanya tentang kata ganda tanpa sengkang "-". Sebagai rujukan, perkataan "dua dua" atau "api api", kalau sengkang tidak dimasukkan (dua-dua, api-api), adakah ini satu kesalahan tatabahasa atau kesalahan ejaan? | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dua dua atau api api perlu memasukkan sempang kerana merupakan perkataan berulang. Jawapan yang betul ialah dua-dua atau api-api. | Tatabahasa | 30.06.2026 |
| bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih.... | Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih. | Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2015 |
| Salam sejahtera, penggunaan tanda sempang/tanda sengkang dari segi sebutan, adakah e pepet atau e taling? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu, sebutan 'e' bagi perkataan sempang dan sengkang menggunakan sebutan e pepet. | Lain-lain | 23.06.2020 |