[sé.rong] | سيروڠ
Definisi : (sérong) 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumah-nya ~; batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~ a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah (tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain; memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~; menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll), memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang, memesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran; keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan; penyerongan perihal menyerongkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sé.rong] | سيروڠ
Definisi : (sérong); ~ ekor sj ikan laut, Mugil dussumierii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sé.rong] | سيروڠ
Definisi : /sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedikit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hatinya; curang. menyerong menyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)