Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong bagi perkataan ringkas bagi ayat ( sama tapi tidak serupa) dalam industri?Sama bermaksud tidak berbeza atau berlainan sama ada rupa, keadaan, dan lain-lainnya, atau disebut juga serupa. "Sama tapi tidak serupa" sering diungkapkan untuk merujuk kepada objek/keadaan yang sama (dilihat secara luarannya) tetapi apabila diperhalusi masih ada yang tidak sama/serupa antara kedua-duanya dan tidak ada perkataan ringkas untuk merujuk keadaan tersebut.Makna04.03.2009
Kebanyakan beg kelihatan serupa, sila pastikan beg anda dengan menyemak nombor daftar beg anda sebelum pulang.Kebanyakan beg kelihatan serupa. Pastikan anda menyemak nomobor daftar beg anda sebelum anda pulang.Tatabahasa24.07.2008
Apakah peribahasa yang mendukung erti yang serupa dengan pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain"? Terima kasih

Puan,

Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan ini puan perlu merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau buku lain yang berkaitan yang ada di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan.  

Lain-lain11.08.2010
Adakah DBP menerima ejaan Idul Fitri dan Idulfitri yang dikatakan serupa dengan sebutan asal bahasa Arab? (Soalan sebelumnya terputus.)Ejaan yang betul ialah Aidilfitri.Ejaan22.08.2011
Salam, saya ingin mencari istilah dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan "resume" (Bahasa Inggeris). "Resume" ialah suatu dokumen serupa C.V. yang dikemukakan seseorang yang sedang mencari kerja.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, resume ialah keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keemapat.Istilah25.03.2009
Bolehkah istilah "blogwan" diterima sebagai terjemahan kepada "blogger" selain daripada penulis blog dan pemblog? Ia membawa maksud bahawa orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Ia berdasarkan ciri-ciri yang serupa, misalnya wartawan dan karyawan.

Padanan blogger yang ada ialah penulis blog. Belum ada padanan lain yang merujuk orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Hal ini akan kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kami akan menghubungi saudara untuk memaklumkan jawapannya nanti.

Istilah22.12.2011
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk.Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertam­bahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul.Makna14.04.2010
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang data psikolinguistik yang dipunyai oleh DBP. Adakah MATA (malay test analysis)termasuk data tersebut? Saya perlu membina senarai perkataan berdasarkan beberapa kriteria seperti yang terdapat dalam MRC Psycholinguistic Database: Machine Usable Dictionary. Adakah DBP mempunyai data yang serupa seperti MRC?. Saya berharap untuk mendapat nasihat tentang hal ini bagi memenuhi keperluan kajian PhD saya di kalangan pelajar Malaysia di UK. terima kasihUntuk mendapatkan maklumat lanjut data yang diperlukan, saudara boleh berhubung terus dengan Puan Norhafizah binti Mohammad Hussein, Pegawai di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hafizah@dbp.gov.my.Penyelidikan09.02.2011
Salam, saya ada terjumpa satu ayat ini : 1)Lihan turut melahirkan kekaguman dengan semangat Randy. betulkah ayat ini?bolehkah perkataan "kekaguman" digunakan dalam ayat ini? ataupun ia perlu digantikan dengan "rasa kagum". situasi yang bagaimana perkataan kekagumaan boleh digunakan dalam ayat? 2) Serupa juga dalam permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak di kawasan luar bandar, yang mana ibu bapa mereka tidak brpelajaran serta tidak tahu bagaimana untuk memohon biasiswa. banyak kesalahan yang terdapat dalam ayat ini,minta tolong betulkan kesalahan-kesalahn tersebut dan terangkan mengapa? terangkan secara terperinci maksud "di dalam" dan "dalam" beserta contoh.

1. Ayat tersebut betul kerana kekaguman bermaksud keadaan atau hal kagum. Walau bagaimanapun,  perkataan tersebut boleh digantikan dengan rasa kagum. Penggunaan kekaguman lebih sesuai digunakan untuk menerangkan perihal kagum, contoh faktor kekaguman.

2) Ayat tersebut dibetulkan begini: Masalah bagi permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak luar bandar ialah ibu bapa mereka tidak berpelajaran dan tidak tahu cara memohon biasiswa tersebut.

3) Penggunaan kata sendi "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, misalnya di Kuala Lumpur dan di lapangan terbang, manakala "dalam" di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa dan sebagainya. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265.

Tatabahasa07.08.2010
1234

Kembali ke atas