Adakah "tetapi" serta "dan" termasuk dalam kategori kata hubung yang mesti ditulis dalam bentuk huruf kecil apabila digunakan dalam tajuk karangan, bab atau tajuk buku? Contoh; 1) Serupa tetapi Tidak Sama; 2) Yang Tersurat dan Yang Tersirat | Untuk makluman, "dan" merupakan kata sendi. Sehubungan dengan itu, jika dalam tajuk perlu digunakan huruf kecil. Manakala, tetapi pula ialah kata hubung yang berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Ini bermakna jika mengikut hukum tatabahasa yang betul, tetapi tidak boleh digunakan dalam tajuk. | Tatabahasa | 03.12.2015 |
1:20 AM Selamat pagi. Saya terdapat kemusykilan dalam ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang. Sila rujuk file yang saya muat naik. Terima kasih | Selamat pagi, Soalan yang diberikan hampir serupa. Sehubungan dengan itu, hanya satu contoh diberikan untuk rujukan tuan/puan kerana konsepnya sama. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman, Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Manakala, ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.10.2015 |
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT? | Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development atau pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud perkembangan atau kemajuan komuniti. Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Apakah maksud ayat ini? 1. Novel ini telah diadaptasikan menjadi filem. 2. Novel ini telah diadaptasi menjadi filem. 3. Novel ini merupakan adaptasi filem. | Soalan yang dikemukan kurang jelas kerana maksud ketiga-tiga ayat tersebut serupa, iaitu sebuah novel telah diadaptasi kepada filem. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci. | Makna | 22.12.2015 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera, Saya mahu bertanya terjemahan untuk 1. Sugaring (perkhidmatan dalam bidang kecantikan dimana gula, lemon dan air digunakan untuk perbuatan serupa seperti melilin bagi menanggalkan rambut) 2. Manicure service - lebih sesuai guna perkhidmatan merias kuku atau manikur? | Terjemahan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Sugaring = Menanggalkan Bulu dengan Menggunakan Gula 2. Manicure service = Perkhidmatan Rias Kuku | Makna | 28.11.2020 |
Perbezaan Poliklinik dan Klinik. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 14.05.2009 |
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja. | Encik Mahayuddin, Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita. | Lain-lain | 05.10.2010 |
salam.. 1)perkataan 'sesuatu' merupakan kata apa? 2) boleh terangkan apa itu 'tentang' dan 'terhadap'...selepas kata tersebut mesti diikuti kata apa? 3)jelaskan penggunaan 'atau'...dan bagi contoh ayat. terima kasih... | 1. Suatu atau sesuatu ialah kata bilangan tak tentu. 2. Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata sendi nama tentang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama mengenai ialah kata kerja yang membawa maksud kena pada. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. 3. Kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan atau salah satu antara beberapa hal. | Tatabahasa | 08.06.2011 |
Kemasukan peribahasa “Degar-degar merapati”, halaman 61 Kamus Istimewa Peribahasa Melayu serupa dengan “degar-degar merpati” dari Kamus Besar Bahasa Indonesia yang membawa maksud “perselisihan antara suami isteri. Apakah ejaan yang betul, *merapati” atau *merpati? Kata *bertagar dimaksudkan juga *berdegar-degar yang dikaitkan denganyi *bunyi seperti guruh. Bagaimanakah *bunyian itu *merapati? | 1. Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ejaan yang digunakan ialah “merapati”. 2. Untuk soalan yang kedua, soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas.
| Ejaan | 06.01.2023 |
Boleh saya dapatkan penerangan terkini mengenai penggunaan kata sendiri berikut? 1) dari / daripada 2) hanya / dengan 3) melalui / menerusi 4) antara / di antara 5) baru - baharu | 1. Kata sendi dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber). 2. Kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata hanya merupakan golongan kata penegas. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi. 3. Kata melalui berasal daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Kata melalui membawa maksud "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Kami berjalan melalui/menerusi lurah dan bukit. 4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya "Mereka berbincang antara adik-beradik". Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah "Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi". 5. Kata baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, puan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.05.2019 |