Apakah maksud ayat ini? 1. Novel ini telah diadaptasikan menjadi filem. 2. Novel ini telah diadaptasi menjadi filem. 3. Novel ini merupakan adaptasi filem. | Soalan yang dikemukan kurang jelas kerana maksud ketiga-tiga ayat tersebut serupa, iaitu sebuah novel telah diadaptasi kepada filem. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci. | Makna | 22.12.2015 |
Apakah persamaan atau perbezaan bagi perkataan "tak terkira" dan "tak terhingga". Adakah kedua-dua perkataan ini boleh membawa maksud terlalu banyak? Adakah salah satu perkataan ini mempunyai makna yang serupa? Terima kasih. | Frasa "tak terkira" dan "tak terhingga" membawa maksud yang sama iaitu terlalu banyak. | Makna | 27.08.2024 |
Salam sejahtera, Adakah DBP ada menerbitkan suatu karya yang mengandungi senarai kosa kata bahasa Melayu berserta etimologinya? Hal ini untuk mengetahui asal usul pembentukan suatu perkataan bahasa Melayu piawai (tulisan rumi) yang digunakan sekarang, serta untuk mengetahui kata serupa cognates dalam bahasa-bahasa lain. | Salam sejahtera, Setakat ini masih belum ada buku tentang senarai kosa kata bahasa Melayu berserta etimologinya diterbitkan oleh DBP. Sila rujuk kamus bahasa asing yang lain untuk mengetahui kata yang serupa dengan kata "cognates" dalam bahasa-bahasa lain. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah die-melkan kepada: Puan Normala binti Mohamad Yusof melalui alamat e-mel: normala@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 20.11.2020 |
Melalui semakan kami, istilah “refiner’s syrup” telah dipadankan dengan istilah “sirap kilang” tetapi dalam peruntukan ini di bawah ini ia dipadankan sebagai “sirap tapis". Semakan kami melalui PRPM pula memadankan istilah “sirap kilang” dengan “refined syrup”. Apakah padanan sebenar bagi “refiner’s syrup”. Canned fruit 233. (1) Canned fruit shall be the sound fruit of one type, packed in clean containers that are hermetically sealed processed by heat. Canned fruit may contain sugar, invert sugar, refiner’s syrup, glucose or dried glucose syrup and potable water. The fruit so contained shall be of similar varietal characteristics and of reasonably uniform size. Buah dalam tin 233. (1) Buah dalam tin hendaklah buah-buahan yang baik dari satu jenis, dipek dalam bekas bersih yang kedap udara dan diproses dengan haba. Buah dalam tin boleh mengandungi gula, gula songsang, sirap tapis, glukosa atau sirap glukosa dikeringkan dan air minuman. Buah-buahan yang terkandung di dalamnya hendaklah mempunyai ciri-ciri jenis yang serupa dan daripada saiz yang semunasabahnya sama. | Dalam konteks terjemahan pihak tuan, padanan yang betul ialah sirap bertapis. | Makna | 30.06.2021 |
Apakah peribahasa yang mendukung erti yang serupa dengan pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain"? Terima kasih | Puan, Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan ini puan perlu merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau buku lain yang berkaitan yang ada di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat puan. | Lain-lain | 11.08.2010 |
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Salam, saya ada terjumpa satu ayat ini : 1)Lihan turut melahirkan kekaguman dengan semangat Randy. betulkah ayat ini?bolehkah perkataan "kekaguman" digunakan dalam ayat ini? ataupun ia perlu digantikan dengan "rasa kagum". situasi yang bagaimana perkataan kekagumaan boleh digunakan dalam ayat? 2) Serupa juga dalam permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak di kawasan luar bandar, yang mana ibu bapa mereka tidak brpelajaran serta tidak tahu bagaimana untuk memohon biasiswa. banyak kesalahan yang terdapat dalam ayat ini,minta tolong betulkan kesalahan-kesalahn tersebut dan terangkan mengapa? terangkan secara terperinci maksud "di dalam" dan "dalam" beserta contoh. | 1. Ayat tersebut betul kerana kekaguman bermaksud keadaan atau hal kagum. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digantikan dengan rasa kagum. Penggunaan kekaguman lebih sesuai digunakan untuk menerangkan perihal kagum, contoh faktor kekaguman. 2) Ayat tersebut dibetulkan begini: Masalah bagi permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak luar bandar ialah ibu bapa mereka tidak berpelajaran dan tidak tahu cara memohon biasiswa tersebut. 3) Penggunaan kata sendi "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, misalnya di Kuala Lumpur dan di lapangan terbang, manakala "dalam" di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa dan sebagainya. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah peribahasa dalam Bahasa Melayu yang sama atau serupa ertinya dengan ungkapan Bahasa Inggeris ini?: "The world is your oyster" Maksudnya dalam Bahasa Inggeris: - you/they are in a position to take the opportunities that life has to offer. - (atau) you/they can do anything or go anywhere that you/they want to. Saya berharap yang DBP dapat membantu saya dengan perkara ini. Sekian, terima kasih. | Carian melalui kata kunci "peluang" tidak menemukan jawapan yang berkaitan. Untuk mendapatkan maksud peribahasa Melayu, tiada jalan pintas yang dapat dilakukan kecuali dengan menyemak satu demi satu. Adakalanya penggunaan kata kunci dapat membantu kita membuat carian. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.10.2018 |
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai? | Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham. | Sastera | 07.12.2016 |
Salam sejahtera, saya masih kurang pasti untuk membezakan kiasan sandar dengan kiasan terus. Bolehkan Munsyi Dewan menjelaskan perbezaan antara dua jenis kiasan ini dan bagaimanakah untuk membezakannya. Adakah kedua-dua kiasan ini merupakan simpulan bahasa? Sekian, terima kasih. | Tiada maklumat berkaitan dengan kiasan sandar dan kiasan terus dalam pangkalan DBP. Namun daripada maklumat daripada web, kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang dikiaskan. Contohnya :mandi kerbau (mandi seperti kerbau, tidak bergosok dan sebaliknya menambah daki); tidur ayam (tidur tidak lelap betul); pening lalat dan jinak merpati. Kiasan terus pula ialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain. Contohnya kutu embun (orang yang suka merayau-rayau dengan tidak tentu tujuan pada malam hari), mabuk laut dan naik darah. | Makna | 08.08.2014 |